~Dia Mak…~

Pemergiannya pada tanggal 8 Jun 2015 bersamaan hari Isnin..pada 12 tengahari. Adalah detik yang tidak sesekali kami adik beradik lupakan selagi nyawa bercantum badan. Dia…mak. Pemergiannya secara senyap.

Sebulan bertarung nyawa menahan kesakitan adalah tempoh singkat bagi mak. Kesakitannya tidak lama.. Ucapan ‘Allah’ sentiasa metitip di lidahnya. Disertai pula dengan memanggil arwah ibunya dahulu. Kehadiran ayah kami dan adik beradik silih berganti tidak putus menjaga ibu dengan sebeban kasih sayang. Penat lelah kami apalah sangat jika dibandingkan dengan melihat mak mengerang sakit kerana sukar bernafas. Azabnya mak.. Dan semua itu milik Allah semata-mata.

Begitu azab menahan sakit saat organ dalamannya sudah tidak mampu lagi berfungsi. Setiap hari kami 10 beradik hidup di dalam penuh debar. Apakah penghujungnya? Dan kini penghujungnya sudah tercapai ditangan.

Jernih dan manisnya wajah mu saat kami adik beradik memandikan dan mengapankan mu, mak… Ringan jenazah mu saat di usung dan luasnya liang lahad memuati jenazahmu. Suasana malam dan angin sepoi bahasa menemani saat pengebumian mu..seolah memberi rahmat.

Doa dan Yassin sentiasa kami bacakan untuk mu, Mak…

IMG-20150427-WA0006 IMG-20150427-WA0007 IMG-20150427-WA0008 IMG-20150428-WA0002 IMG-20150514-WA0002 IMG-20150515-WA0001 IMG-20150518-WA0003 IMG-20150518-WA0004 IMG-20150523-WA0004 IMG-20150523-WA0005 IMG-20150523-WA0006 IMG-20150530-WA0001 IMG-20150607-WA0003 IMG-20150608-WA0003 IMG-20150611-WA0005 Photo0089

Salam takziah buat mak yang sangat kami kasihi… Semoga Allah limpahi mu dengan keberkatan dan rahmat seluas alam ciptaan Ilahi. Selagi kami bergelar anak, doa itu adalah milikmu…

Eno – 16 Jun 2015 – 12.46pm – Cheras

Demi kamu wahai anak-anak..

Entri kali ni, aku cuma nak titipkan mengenai pengalaman aku mengandung, melahirkan dan berpantang dua orang anak perempuanku.

Ainul Mardhiah…anak pertamaku.

Awal kehamilan, aku muntah-muntah. Di pertengahan aku selalu sakit kepala. Di akhirnya pula, tumit kaki aku sakit-sakit.

Aku bersalin di Kelantan. Saat melahirkan, tiada siapa menemani kerana emak ke Mekah. Kakak pula tidak dibenarkan masuk ke bilik bersalin. Suami pula sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan demi aku dan anak. Mujurlah ada seorang doktor pelatih muda yang sentiasa ada ketika aku mengerang kesakitan. Pautan aku pada lengannya takkan aku lupakan.

Berpantang pula adalah proses yang amat memudaratkan bagi aku. Hanya makan ikan haruan bakar sepanjang seminggu berpantang. Terlalu banyak pantang larang dan apa yang membuatkan aku sentiasa menangis adalah saat melihat anak kesayanganku muntah dan menangis di waktu malam.

Ainul Nadhirah…anak keduaku.

Awal kehamilan, tiada lansung muntah-muntah. Tetapi sepanjang mengandungkan anak kedua aku, aku sering sakit kepala. Mungkin penat melayan anak pertama yang masih kecil.

Aku bersalin di Kuala Lumpur. Melahirkan anak kedua, sakitnya dapat aku litupi dengan kehadiran suami di sisi. Mencium tangannya di saat aku mengerang kesakitan adalah penawar kesakitan di kala itu. Bau badan suamiku juga sedikit sebanyak menenangkan aku.

Berpantang pula, aku mengambil masa dua minggu berada di rumah mertua. Mertua menjaga aku dan anak sulungku sebaik mungkin bagi mengurangkan beban aku. Suami pula sering berjaga malam demi anak sulung kami yang suka merengek. Pantang larang tidak terlalu banyak kerana banyak jenis makanan yang mertua aku sediakan yang baik untuk ibu berpantang. Terima kasih, mak…

*************

Inilah pengalaman aku dan anak-anak dan aku harap entri ini dapat di baca oleh mereka suatu masa nanti…

InshaAllah.

PAda SIApa laGI HAruS ku MengaDU………………………

Hari ni terasa aku ingin melakar beberapa titipan hati. Yang aku gambarkan betapa jiwaku beralun dengan keadaan aku sekarang.

Menjaga dua orang anak perempuan yang masih kecil sementelah aku masih berpantang menguji iman aku sebagai hamba Allah.

Penat dengan hari-hari yang dilalui.. berjaga siang dan malam bagi memastikan anak-anak terjaga. Kesihatan…kebersihan…makan minum anak… terlalu memikirkan perkara ini sahaja boleh membuat aku tertekan.

Apakah ini suratan yang harus ku terima dengan gelaran ‘ibu’? Ya Allah…kuatkanlah aku dalam menempuhi ujian Mu ini. Aku redha dan terima dengan anugerah Mu yang bernilai ini.

Ketenangan hati semkain jauh saat aku tidak mampu untuk sujud pada Mu… Saat aku tidak dapat mengisi jiwaku dengan alunan Quran Mu. Namun begitu Engkau sudahilah malam ku dengan keashikan zikir… hanya itu yang mampu bibirku tuturkan.

Just a little excerption…

hari ni pagi pagi lagi kepala sakit sangat. suami pulak bangun tido, marah cari boxer dia yg tk sempat basuh. semua benda nak kena bgtahu. semua benda nak kena cakap. geramnya… makan ubat, pakai baju, tinggal anak, keluar dari rumah. cari masjid berdekatan, solat. alhamdulillah kepala dh ok. balik rumah sambung gaduh. dia kata aku isteri yang tk taat. nk taat camana kalau kita sakit pun dia nak suruh layan dia. fhm sendiri sudah. dia nak aku faham dia. aku pulak nak dia faham aku. beres…. malas nk layan.

Kami dipinggirkan!

Kejadian aneh dan mengilukan gigi aku ni berlaku semasa Aidilfitri 2014 yang lalu. Cukuplah dengan aku yang demam sampaikan pakaian suami pun aku tak siapkan. Suami kata itu adalah raya yang paling tak ‘best’ dalam hidup dia. Mana tidaknya, anak dan isteri dia demam. Aku kena denggi! Dan anak aku naik campak! Oh tidak… (tapi doktor kata ruam!)

Kami beraya di rumah mertua aku. Namun apa yang menyedihkan, aku dan anak cuma berada di dalam bilik. Dan lebih teruk lagi, keluarga tiri belah suami aku melarikan anak masing-masing kerana khuatir anak mereka berjangkit. Sedihnya… Padahal campak anak aku sikit jer! Tapi kekecohan mereka amatlah menyayukan lutut aku. (tapi serius suami aku marah masa tu)

Apa yang berlaku takkan aku lupakan. Sesungguhnya sakit itu datang dari Allah. Dan sembuh juga, Dia yang tentukan…

Kesian anak aku… (anak dan aku baik selepas raya ke empat. itupun selepas kami menjalani rawatan sup ketam. hehe)

http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/tanda-a-gejala/ruam

~Ainul Mardhiah~

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..