🌸Rindunya Allah pada Tangisanku🌸

e81922cf3fdca42eb792750d60eb5f16

Setiap apa yang bermula, pasti akan berakhir. Dan setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmahnya..

Tahun 2017 adalah tahun yang baik utk aku. Permulaan dan pengakhiran yang baik sekali. Namun tahun 2018, aku ditakdirkan dengan permulaan yang sgt menyakitkan.

Bukti Allah merindui tangisan istikharah dan tahajjud seorang hamba. Ujian yang aku sangka akan berlaku namun tidak ku sangka dtgnya ia secepat itu.

Ujian yang meremukkan hati aku, yang membawa maruah aku jatuh ke bawah. Hanya Allah yg lebih mengerti.

Besarnya ujian ini padaku. Dan syaitan telah berusaha dengan gigih utk menjatuhkan aku namun dia masih belum berjaya. Kerana aku meletakkan redha dan syukur aku pada Allah yang menurunkan ujian itu.

Semakin aku dekat dengan Allah, semakin aku cinta dengan agama ku, semakin syaitan dan iblis berusaha menggoda aku. Tidak lepas juga mereka berjaya menggoda insan sekeliling aku dan hampir berjaya memusnahkan satu satunya anugerah Allah yang sgt berharga.

Allahuakbar, hebat sungguh godaan syaitan. Melebihi akal waras seorang khalifah Allah yang dimuliakan Allah yang berketurunan Nabi Adam.

Terima kasih ya Allah… Krn hadirkan aku dengan ujian yg besar ini. Sesungguhnya aku bersyukur kerana Engkau masih bersamaku..

 

rose_eno

Desa Pandan, KL

Advertisements

🏵️Ku Basuh Luka dengan Airmata🏵️

Sekian lama kita menjalinkan cinta
Akhirnya tak ke mana
Hanyalah diriku saja yang setia
Dalam perhubungan kita
Andainya engkau buat bermacam alasan
Setelah kau membenci
Dulu diriku kau pandang semuanya indah
Kini semuanya tak kena
Mengapa tidak kau berterus terang
Bahawa engkau ada yang lain
Aku doakan agar kau tak menyesal
Biarkan diriku
Menanggung duka lara sendiri
Susah payah tak sorang pun tahu
Terasa hinanya bila kau menyingkir diriku
Ku ucap selamat tinggal cinta & selamat tinggal kekasih
Biar pun sukarnya untuk melupakanmu
Dan tak perlu lagi kau bertanya
Tentang diri ini
Biarlah ku sendiri hidup dalam sepi
Ku basuh luka dihatiku dengan airmata
Betapa pedih tak terkata
Lalu ku terkulai didalam sangkar rindu

 

Continue reading

~ku bersuara lagi~

Assalamualaikum kepada pembaca yang mungkin menantikan penulisanku yang telah agak lama kesepian.

Bukan bermakna tiada lagi karangan. Mana mungkin kehabisan karangan hidup yang berjela jela incinya.

Ku titipkan lagi dan lagi agar rindu itu berbalas. Tiada lagi penyesalan malahan redha dengan ketentuan Allah satu satunya maha mengetahui.

Kehidupan ini berjalan serentak dengan isi alam sesuai kemenjadiannya. Jika mampu, ku teruskan berjalan memimpin tangan mereka yang memerlukanku.

Hidupku kini lebih penuh dengan makna hatta hadirnya insan insan anugerah Allah kepadaku.

Tiada apa lagi yang dapat ku kesali melainkan hidup ini ku teruskan walau pelbagai duri ranjau bertimpa timpa.

Ya Allah… sesungguhnya perancangan Mu adalah yang paling wajar dan hikmahnya sangat penuh melimpah limpah.

Alahamdulillah..

 

Rose_Eno
Cheras

Jika itu Takdirku…

cropped-cropped-wonderful-love-me-red-rose-wallpaper1.jpgAlam perkahwinan, tidak seindah yang kita idamkan. Biarpun hari ini kita bahagia, esok lusa belum tentu bahagia itu tidak diragut. Pasti tidak berlaku dan pasti juga akan berlaku.

Bagi pasangan isteri atau suami, kehadiran orang ketiga adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Asalnya persahabatan, tetapi berakhir hingga ke ranjang. Remuknya hati, hanya Dia yang lebih mengetahuinya.

Biarpun mereka yang baik hubungannya dengan Allah juga sering dirundung masalah kecurangan sebegini, apatah lagi mereka yang jauh wudhuk dan solatnya.

Jika kini Hana/ Zarif yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga. Esok lusa pasti akan ada Sara/ Haikal pula sebagai galang gantinya. Orang ketiga hanyalah objek  kepada ujian yang Allah hadirkan bagi sesebuah pasangan.

Seringkali kita menjadikan orang ketiga dan pasangan kita sebagai pesalah keruntuhan rumahtangga kita. Namun kita lupa untuk muhasabah diri bahawa setiap apa yang berlaku itu berhikmah. Dan hikmahnya mungkin Allah mahu kita mendekatkan diri padanya. Tanda dia rindu akan rayuan dan airmata hambanya.

Jika Allah tidak menguji kita dengan ujian kecurangan pasangan, pasti ada ujian lain yang Allah berikan kepada kita. Terima dan hadapilah dengan hati yang berserah sepenuhnya kepada Allah. Sepenuhnya kepada Allah kerana pasangan kita hanyalah PINJAMAN semata-mata.

Jika anda ada sabar, bertahanlah. Jika tiada sabar dan lebih tenang tanpa memikirkannya, redha dan leraikanlah. Tiada satu pun pasangan di dunia ini yang berkahwin untuk berpisah. Namun jika perpisahan itu lebih membawa kita dekat dengan Allah dan menjauhkan kita dari perbalahan yang tidak berkesudahan, mungkin itu adalah sebaik-baik penamatnya.

Semoga kita redha dengan ujian Allah. Kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita…

Rose_Eno

 

Hanya sekadar luahan..

Salam kasih buat blogger yang sentiasa menantikan nukilan kecilku. Tiada apa sangat ingin ku katakan melainkan sedikit luahan yang pasti akan ku ingat sepanjang hidup ini.

Dia adalah insan yang amat ku segani di antara yang lain. Dia adalah insan yang amat ku sayang berbanding yang lain. Dia antara yang menjadi kesayangan buat ibuku.

Hanya kerana dua potong ayat bertidak lebih daripada 10 patah perkataan, sayang ku padanya teruji. Bertahun lamanya mengenali namun kini baru ku tahu isi hatinya. 

Nafas bagaikan terhenti. Degup jantung penuh debaran laju. Petang 26 June 2017 bersamaan hari isnin adalah detik dan saat yang tidak mungkin ku lupakan seumur hidupku.

Akan ku ingat, akan ku simpan di kotak memori. Pengajaran bagi insan kerdil sepertiku yang hanya menumpang di bumi Allah ini...

Salam

Taman Bukit Segar, Cheras.

22.04pm

dingin…

salam kasih…

pena jemariku berjalan lagi. cuba menerobos erti sebuah kehidupan. mata masih segar. anak anak lena dibuai mimpi. melayan jemari sambil dengar lagu anuar zain. best jugak..

chit chat dgn bestfriend dan kakak sikit. feel good. feel better. jap lagi nak mandi. segarkan badan.

ok bye!

sang…

Jemari ini ingin menari laju hari ini. Menitipkan perjalanan sebuah jambatan kehidupan yang tidak pasti ke mana arah tujunya. Mencari bahagia yang tidak pasti akan bertemu atau tidakkah.

Di manakah aka nada bahagia jikalau fajar menyinsing dengan amarah yang tidak pernah ada rasa puas hati dari sang suami. Setiap hari hari dimulai dengan amarah yang tiada bersebab. Sedangkan si isteri bersengkang mata di malam hari menemankan anak anak yang kecilan.

Apakan daya sang hati tatkala sang suami membenamkan sifat berkira dengan isteri sendiri dalam kehidupan seharian walhal itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan sang Pencipta. Sering diungkit tentang pulus yang diperolehi setiap purnama dan dihabisi oleh anak anak dan sang isteri. Di mulutnya kata tidak mengapa tetapi tingkahnya seringkali memberontak dan mewar warkan amarah.

Sang isteri bertanya sampai bila harus keadaan ini berterusan… Saat itu juga sang suami berkira kira ingin mencari gadis lain sebagai suri. Sang isteri tidak sesuai bergandingan dengannya kerana seringkali menyakiti hati. Lalu sang isteri meng’amin’kan doa sang suami. Semoga sang suami bertemu sang isteri yang boleh berdepan dengan seribu api yang panas mem’baran’.

Sejauh mana kaki ini melangkah bersama sang baran…hanya Dia yang pasti. Dia sudah menentukan yang terbaik untuk sang isteri dan anak anak..