Kenangan lama Adam…

‘aku ada kerana engkau ada…tercipta hatiku hanyalah untukmu…
jalanku menuju padamu…ke mana pun pasti kan kembali..
demi cinta dalam hatimu ku yakin engkau untukku…
meski jarak pisahkan kita, cintakan bawa kita kembali…’

“Aku tak tahu pula yang kau pandai menulis sajak… Sajak yang kau tulis ini untuk aku ke?” Adam bertanya seraya melihat Arina sedang leka menggosok baju.

“Ya… manalah tahu suatu hari nanti saya tak ada, awak boleh baca. Awak mesti rindukan saya sangat-sangat masa tu.. hehe…”

“Kenapa kau cakap macam ni? Aku tak suka dengar kau cakap macam ni. Lain kali aku taknak dengar.” Adam menghempas buku yang sedang dibacanya dan melangkah keluar dari bilik. Arina terkedu.

‘Kenapa dia bersikap macam tu tiba-tiba?’ Arina bermonolog… Lalu Arina turut keluar untuk melihat suaminya itu.

‘Marahkah dia?’ Arina berfikir lagi.

Arina melihat Adam sedang termenung diatas buaian. lalu Arina mengambil tempat disebelah Adam. Adam hanya membiarkan sahaja.

“Saya minta maaf andai kata apa yang saya cakapkan tadi membuatkan awak tersinggung…” Arina memulakan bicara setelah seminit Adam diam tanpa suara.

“Aku maafkan. Dan aku tak suka dengar kau cakap macam tu…”

“Baik, lain kali saya akan diam. Mulai daripada hari ni, saya takkan bercakap dengan awak lagi. Saya tak mahu awak tersinggung lagi…” Arina menyambung.

“Itu lagi aku tak suka!” Adam menjegilkan mata bulatnya ke arah Arina.

“Hehe…saya bergurau jer..”

“Aku tak suka guarauan kau…” Adam memejamkan matanya sambil berkata lagi…

“Aku pernah rasa erti kehilangan… Dan aku tidak mahu merasa lagi.”

Arina kurang mengerti…… Dan Arina cuba untuk mengerti.

“Jom masuk…dah lewat malam ni…” Adam menarik lengan Arina.

Arina hanya menurut…

Advertisements

~kehadiran Ibu dan Bapa Mertua~

“Adam, papa dengar ada masalah kat pejabat. Betul ke?” Dato’ Said bertanya seolah-olah meminta jawapan ikhlas darpada anaknya sendiri.

“ Masalah sikit papa…” Adam menjawab pendek.

“Papa dengar Faris buat masalah lagi. Kali ni berapa yang dia ambil?”

“Yang tu kami belum pastikan lagi sebab bukti masih belum cukup nak mengatakan dia yang mengambil wang syarikat. Masih lagi dalam siasatan.”

“Papa nak kamu selesaikan masalah ni baik-baik. Jangan biar ada masalah besar timbul. Sebab kamu pun tahu yang Faris tu bukan sebarangan orang.”

“Saya tahu, pa…” Faris sedikit tertekan.

Arina mendengar perbualan mereka. Arina tidak sedap hati apabila nama itu disebut. Apa kaitannya Faris dengan Adam? Kenapa Faris beria mahu menjatuuhkan Adam?

Sebelum berangkat pulang, Datin Sofia sempat bertanya kepada Adam.

“Bila lagi agaknya kami kena tunggu untuk dapatkan cucu? Semakin hari umur kami semakin meningkat… Harap tiada masalah, ya sayang…” Datin Sofia memeluk Arina disusuli Adam.

Adam Cuma tersenyum tiada sebarang makna.

**********************************************

“Kau jangan fikirkan sangat apa yang mama cakapkan tadi. Aku dah biasa dengar mama cakap macam tu. Aku harap kau tak ambil kisah…” Adam menegur di kala melihat Arina termenung di atas katil.

“Tapi apa yang mama cakap tu ada betulnya…” Suara Arina sugul. Ditariknya selimut perlahan dan menyelimuti seluruh tubuhnya.

“Tak panas ke?” Adam menyakat.

“Ada air cond…” Arina menjawab perlahan.

‘Dah pandai menjawab…’ Adam berkata di dalam hati sambil senyum sendiri.

~Semakin dekat~

Adam merenung Arina yang sedang lena di buai.

“Lena sungguh dia sampaikan bunyi kereta pun dia tak dengar…” Adam mengelus lembut rambut panjang isterinya. Adam membiarkan sahaja Arina dibuai lena. Tidak mahu diganggu.

Adam senang hidup bersama Arina. Tiada karenah yang menyakitinya, tiada ungkapan kasar untuknya, hanya senyuman mesra setiap hari, layanan seorang isteri yang ikhlas dari hati, dan Adam tenang bila Arina sentiasa ada menemaninya.

Saat dia bergelut melawan orang yang ingin menendangnya keluar dari syarikat, saat dia tertekan dengan bebanan kerja yang terlalu banyak, tidak sesekali mematahkan semangat Adam untuk terus bangun dari hamper jatuh. Ini kerana Adam sedar, masih ada insane yang memerlukan dan menghargai kehadirannya. Masih ada Arina yang sentiasa menyambutnya setiap kali pulang dari pejabat. Masih ada Arina yang selalu menemaninya sewaktu makan malam. Masih ada Arina yang bangun membancuhkan air panas jika dia terpaksa berjaga malam demi menyiapkan projek. Masih ada dia…

*******************************************************

Arina membuka pintu bilik tidurnya. Kelihatan Adam yang sedang menikmati kuih dan jus tembikai. Dilihatnya jam di dinding, tepat pukul 6.30 petang.

“Awak dah balik? Maafla tadi saya tak perasan awak balik. Saya tertidur dibuaian…” Arina bertanya sambil menghulurkan maaf kerana tidak sedar akan kepulangan Adam dari pejabat.

Adam Cuma diam tanpa kata sambil membaca majalah di balkoni bilik mereka. Arina perlahan –lahan turun menuju ke dapur.

“Bila Adam balik, Mak Jah? Saya tak perasan…” Arina bertanya Mak jah yang sedang memotong brokoli untuk dimasak sup.

“Dia balik pukul 6.00 petang tadi. Masa tu Arina tengah tidur kt buaian. Mak jah nak kejutkan Arina tapi dia tak bagi. Dia suruh Mak Jah bagi dia kuih sebab dia kata hari ni dia tak makan apa-apa lagi…” Mak Jah menjawab panjang.

“Betul ke? Kesian dia… Takpalah, kita masak sama-sama.” Arina menawarkan diri.

“Tak apa, Arina. Kamu naik je teman Adam kt bilik. Mungkin dia perlukan kamu tu. Lagipun Mak Jah tengok muka dia macam ada masalah…”

“Betul ke? Baik Mak Jah. Saya naik dulu, ya. Nanti lepas mandi saya akan turun bantu Mak Jah…”

Lalu Arina melangkah naik semula ke bilik.

*************************************************************

Usai mandi, Arina mula mencari-cari blaus tidur mana yang mesti dipakainya. Terlalu banyak baju tidur yang Adam belikan untuknya. Semuanya jenis gaun kembang.

“2 hari lepas pakai baju warna kuning, kelmarin pakai baju warna hijau, semalam pakai baju warna biru… hari ni?” Arina mengomel sendiri.

“Hari ni pakai baju t-shirt dan kain batik.” Tiba-tiba terdengar suara Adam menyampuk daripada belakang.

Arina terkejut. Adam perli dengan penampilannya dahulu.

“Cepat sikit. Aku nak makan dah ni.” Adam menyambung lagi lalu keluar dari bilik dengan membawa dulang berisi mangkuk kuih dan gelas air.

Arina malu sendiri…

*****************************************************

Arina mencedukkan sup sayur di dalam mangkuk dan dihulurkan kepada suaminya.

Arina melihat lauk di atas meja. Tiada satu lauk pun yang dia masak malam itu untuk hidangan suaminya. Dia sedikit kecewa.

“Kenapa kau tak makan?” Adam bertanya.

“Kau sakit ke?” Adam menyambung lagi.

“Bukan… Cuma saya rasa terkilan sebab saya tak dapat masak untuk awak malam ni.” Arina meluahkan perasaannya.

“Tak apa, aku tak kisah. Lagipun Mak Jah kan ada. Dia dah biasa buat semua ni. Aku cuma nak kau duduk diam –diam je kat rumah ni. Jangan menyusahkan aku. Itupun sudah cukup untuk aku…” Adam memujuk tetapi terselit ugutan di dalamnya.

“Saya faham…” Arina akur.

“Esok papa dan mama nak datang. Mereka datang pun tak lama. Cuma singgah sekejap sebab mereka ada hal lain.”

“ Betul ke?! Baguslah tu… Saya dah lama tak jumpa papa dan mama. Rindu betul! Kalau macam tu esok saya masak banyak-banyak sikit, boleh? Boleh kita makan ramai-ramai…” Keriangan jelas terpancar diwajah Arina.

“ Buatlah apa yang kau rasa patut.” Adam memberi izin.

“Tapi awak jangan balik lambat sangat, ya?!” Arina beria berpesan.

“Sejak bila aku nak kena dengar arahan kau ni?” Adam menaikkan suara. Arina terdiam. Wajah terkejut Arina jelas kelihatan merah. Lalu Adam cepat-cepat menjernihkan suasana.

“Aku akan cuba balik awaln esok. Jangan lupa masak bubur jagung. Aku dah lama tak makan. Teringin pulak. Kau kan pandai masak bubur…”

Arina tersenyum semula. Dirinya terasa dihargai oleh suami semdiri.

‘Terima kasih diatas senyuman yang tidak putus-putus untuk aku…’ Hati Adam berbisik perlahan… Dan hanya dia yang mendengar bisikan itu.

 

 

~3 tahun berlalu~

“Adam… dengar baik-baik apa yang papa nak cakap. Sudah hampir 3 tahun arwah pergi meninggalkan kita semua. Tapi itu tidak bererti kita mesti juga mengakhiri hidup kita. Papa nak Adam balik semula ke Kuala Lumpur. Papa nak Adam jalani ‘treatment‘. Papa dah aturkan semuanya. Samada Adam setuju atau tidak, Adam mesti ikut Papa balik. Papa rasa cukuplah Adam menyiksa diri Adam selama bertahun-tahun… Arina tidak akan kembali, nak…”

Dato’ Said menyentuh lembut bahu anaknya…. Lantas Adam memeluk papanya erat sambil mengalirkan airmata.

“Adam rindukan dia, pa…” Adam menangis lagi.

Pemergian insan yang paling dicintai adalah sesuatu kehilangan yang amat besar baginya.

Baru sahaja cinta berputik, baru sahaja mahu disayangi, insan yang diperlukan pergi meninggalkannya. Sesungguhnya takdir Allah itu adalah indah. Dan setiap kesakitan yang ditanggung pasti bertemu satu sinar dikemudian hari.

Itu janji Allah…

Dengan rasa berat dihati, Adam mengikut Dato’ Said pulang ke Kuala Lumpur bagi menjalani ‘treatment‘ yang dimaksudkan.

Abang Ahmad yang sudah menganggap Adam seperti adiknya sendiri berasa berat hati melepaskan Adam. Namun demi kebaikannya, Abang Ahmad hanya mampu berdoa agar Adam berjaya sembuh dari tekanan yang dialaminya selama pemergian Arina…

Jiwa Adam kosong… Hanya cinta Arina yang mampu mengisi kekosongan hati…

~Izinkan aku mencintaimu~

Awal subuh, Arina bangun daripada tidur. Arina terngamam saat melihat Adam berteleku di sejadah lebih awal darinya.

Sesungguhnya itu adalah buat pertama kali sepanjang setahun usia perkahwinannya bersama Adam, melihat Adam berteleku di atas  sejadah.

Arina terkedu tanpa kata. Lantas tanpa diseka airmatanya berguguran. Sedingin suasana subuh di kala itu.

“Pergilah ambil wudhuk. Aku tunggu kau. Kita solat bersama…” Adam terlebih dahulu bersuara dan Arina pantas bangun dan menuju ke bilik air untuk berwudhuk.

Adam mengimamkan solat? Arina masih tidak percaya. Walaupun bacaan al-Quran Adam tidak begitu fasih, namun Arina bersyukur kerana sekurang-kurangnya Adam tahu untuk menyebut kalimah Allah.

‘Airmata mengalir lagi…’ Arina teringat saat dia solat subuh berjemaah bersama abangnya di kampung dahulu.

“Kenapa kau menangis?” Adam menyentuh kepala Arina yang masih bertelekung di hadapannya.

“Saya teringatkan abang saya…” Esakan kecil mula kedengaran.

‘Manja…walaupun sudah ada aku. Begitu besar kasihnya kepada abang Ahmad. Mungkin dia hanya ada abang Ahmad sebagai saudara sedarahnya…’ Adam bertutur di hati.

“Kalau kau nak balik kampung, nanti aku belikan tiket ‘flight‘. Tapi aku mungkin tak dapat ikut sebab banyak meeting aku kena ‘attend‘. Apabila dah siap semua kerja aku akan pergi jemput kau kat sana.”

Arina cuma senyum lalu tangan Adam dicapai dan diciumnya.

“Terima kasih, awak…”

“Sama-sama…” Adam membalas mesra.

Hanya Allah sahaja yang tahu akan kasih yang berputik di hati mereka…

Umpama kembangnya bunga di pagi hari…

Itulah anugerah Allah yang tiada siapa mampu menahannya.. Kasih dan sayang…

Petang itu, Arina terus berangkat pulang ke Kelantan. Sesampainya di Terminal Pengkalan Chepa, telefon bimbitnya berdering.

“Kau kat mana?” Terdengar suara Adam sayup-sayup.

“Saya baru sampai.”

“Kau tunggu depan kaunter. Akan ada orang jemput kau nanti. Hati-hati.”

“Baik…” Belum sempat salam diberikan, Adam terlebih dahulu meletakkan telefon.

Tiba-tiba seorang lelaki datang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Karim, pemandu pelancong yang di upah oleh Adam untuk mengambil Arina setiap kali sampai ke lapangan terbang Pengkalan Chepa.

Arina akur…

Ulangtahun Perkahwinan…

Suatu malam, Dato’ Said menghubungi Adam. Dato’ Said lebih tahu apa yang Adam sendiri telah lupa iaitu hari ulangtahun perkahwinan dia dengan Arina. Sedar tidak sedar, sudah setahun usia perkahwinan mereka. Dato’ Said menyuruh Adam membawa Arina bercuti.

‘Tapi ke mana? Aku sudah lama tidak bercuti.. Tambah pula bercuti berdua. Argh!!!! Kenapa papa suka memaksaku!’

Adam mendongak melihat siling di bilik pejabatnya. Lantas telefon di atas meja dicapai.

“Ria, uruskan saya tempat bercuti minggu hadapan utk 3 hari 2 malam, untuk honeymoon…”

“Encik Adam mahukan dalam negara atau luar negara?” Ria, setiausaha Adam bertanya lanjut.

“Dalam negara. I prefer pantai. Taknak tempat sejuk.”

“Baik Encik Adam. Saya akan uruskan percutian untuk honeymoon 3 hari 2 malam di pantai. Once semua settle by today, i will let you know.”

Thanks, Ria…” Gagang telefon diletak semula. Adam mengeluh kecil.

Adam mula terkenang kisah lama…. Tiba-tiba hatinya menjadi sakit. Dia yang memberi aku cinta dan dia juga yang memusnahkannya.

‘Di manakah dia sekarang? Kenapa aku disakiti sebegini rupa… Kenapa!’ Tidak semena-mena airmata Adam mengalir.

‘Mengapa harus aku menangis kerana perempuan yang telah lukai hati aku.’ Adam menyesal.

———————————————————————–

Petang itu hujan renyai membasahi bumi.. Adam memandu perlahan sambil fikirannya menerawang jauh. Tempat apakah yang paling sesuai untuk meraikan ulangtahun perkenalan dia bersama Safi, kekasih yang sangat dicintainya. Jadual seminggu outstation di Australia tidak dihabiskan. Hanya beberapa hari sahaja. Dia terlalu rindukan belaian kekasihnya. Kepulangannya diawalkan tanpa pengetahuan sesiapa kecuali setiausahanya, Ria.

Dalam berfikir jauh, akhirnya Adam sampai di kondominium milik Safi. Kondominium yang dibeli khas untuk mereka bertemu bila rindu membungkus diri.

Adam melangkah menaiki lif sehingga sampai di hadapan pintu.

Pelik, ada sepasang kasut lelaki asing. Bukan kasut miliknya. Masih baru dan berkilat. Mungkin Safi belikan untuknya sempena ulangtahun percintaan mereka. Adam membuka pintu perlahan dengan senyuman dan rindu yang membuak didada.

Langkah Adam semakin laju ke arah bilik apabila terdengar bunyi yang pelik. Saat pintu di buka, Adam terkejut melihat aksi Safi bersama lelaki yang bukan dirinya yang sedang dibasahi peluh.

Saat itu jugalah, semuanya musnah. Hidup Adam musnah tanpa cinta. Sehinggalah Dato’ said memaksanya menikahi isterinya sekarang.

Walaupun tiada cinta, tetapi dia tenang dengan kehadiran Arina. Dia tidak biasa hidup tanpa melihat kelibat Arina apabila dia bangun pagi dan sebelum tidur.

Arina adalah hidupnya kini…

————————————————————————————

Destinasi pilihan adalah Avillion Hotel, Port Dickson. Hotelnya sangat cantik dan perkhidmatannya juga cepat dan selesa.

Adam dapat merasainya tambah lagi tatkala melihat wajah Arina yang berseri-seri sejak sampai di lobi hotel.

Mereka dilayan dengan penuh mesra memandangkan mereka mengambil Pakej Bulan Madu yang paling eksklusif.

Mereka mendapat ‘Welcome Drinks’ dari buah-buahan yang segar dan mereka berjalan menuju ke bilik dengan diiringi 2 orang staff yang membawa jambangan bunga ros. Sepanjang jalan mereka ditemani haruman bunga ros. Sangat istimewa. Di dalam bilik mereka juga dihiasi dengan pelbagai bungaan yang harum dan segar. Katil mereka juga ditaburi bunga melur yang putih.

Di dalam bilik air juga telah tersedia tab mandi yang di taburi potpouri yang wangi dan baik untuk kesihatan.

Wangian bilik membuatkan Adam terasa sesuatu yang lain. Sesuatu kelainan. Tentang perasaannya kepada Arina.

Arina kelihatan cantik waktu itu. Tatkala rambutnya yang panjang mengurai itu disikat rapi. Saat melihat Arina berjalan dengan memakai kain batik dan t-shirt putih. Semuanya kelihatan sempurna pada Adam.

Bulan madu mereka telah membuahkan rasa yang berbeza dalam hati Adam. Adam semakin ingin mendampingi Arina. Haruman dan kelembutan Arina menarik-narik Adam untuk mendekatinya. Seolah-olah ada satu kuasa yang memaksa Adam mendekati Arina.

Adam sedar, perasaan itu sama seperti mana ketika dia bersama kekasihnya dulu.

‘Adakah aku sudah menyayanginya? Adakah aku sudah mencintainya?’ Adam menyoal dirinya dan mengharapkan suatu masa nanti akan ketemu jawapannya.

————————————————————————————————————————–

Malam kedua mereka di Hotel, Adam membawa Arina keluar untuk menikmati keindahan pantai Port Dickson. Tempat yang menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

Arina kelihatan sangat gembira. Dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Sungguh memikat hati Adam. Tambahan pula, Arina tidak pernah menyakiti hatinya apatah lagi melawan kata-katanya.

Mereka singgah di sebuah kawasan menjual baju-baju serta barang perhiasan juga pelbagai cenderahati. Keadaan orang yang ramai membuatkan Arina tidak senang. Apatah lagi ada beberapa lelaki yang menghimpitnya. Adam yang melihat mula tidak senang hati. Lantas dipeluknya Arina erat. Arina yang sedang cuba meleraikan diri daripada orang ramai waktu itu terkejut apabila dia erat dalam pelukan Adam.

Mereka kemudian mencelah di kalangan orang ramai untuk keluar dari kawasan yang sesak itu. Pelukan Adam yang erat dan susun langkahnya yang cepat menghalang Arina daripada singgah dikedai menjual baju kanak-kanak yang bergambarkan keindahan pantai Port Dickson. Arina kecewa dengan sikap Adam. Mengapa diajaknya keluar berjalan jika dia tidak sempat berbuat apa-apa.

Di dalam kereta juga sepanjang perjalanan pulang semula ke hotel, Arina berdiam diri. Tidak senyum apatah lagi bersuara. Adam menyedari kelainan pada raut wajah isterinya itu. Adam tidak suka melihat raut wajah Arina yang tidak ceria. Dia tidak biasa.

“Kenapa kau diam je sejak kita balik tadi?” Adam memulakan bicara. Dilihat Arina sedang termenung di atas sejadah usai solat ishak.

“Takda apa. Saya penat sikit.”

“Selama ni kalau kau penat tak pernah kau macam ni. Aku tahu kau ada simpan benda lain dalam hati dan aku nak kau bagitahu aku apa masalah kau.” Adam mendesak.

Arina yang selesai melipat kain telekung mula berganjak ke atas katil. Arina diam tanpa sebarng jawapan kepada soalan Adam.

“Selepas beberapa minit, Adam berpaling memandang Arina.

‘Dah tidur rupanya…’ Adam menutup I-Pad dan turut baring di sisi Arina.

Rambut Arina dielus perlahan.

‘Lembutnya…’

Bagaikan ada satu suara berbisik menyuruh Adam melakukan sesuatu. Dengan perlahan Adam mengucup dahi Arina.

‘Indahnya perasaan ini…’ Adam memejamkan matanya.

Redup yang kembali…

KEHILANGAN

Semalam aku melihat dirimu berjalan melintas di hadapanku.

Semalam aku melihat dirimu membelai lembut rambut halusmu.

Semalam aku dapat merasa air tanganmu.

Semalam juga aku dapat menyentuh kulit gebumu.

Hari ini hidup aku tersia…

Hari ini hidup aku tidak lagi bermakna.

Hari ini hidup aku bagaikan cuaca redup menanti datangnya ribut.

Jika hujan turun membasahi bumi, aku tetap merasakan kontangnya tanah…

Kerana engkau kini tiada lagi untuk ku tatapi…

Kerana engkau kini tiada lagi untuk ku rindui…

Kerana kini aku telah kehilanganmu…

“Arina…debuan pasir pantai adalah rinduku padamu… aku tidak mampu menghitungnya lagi. Aku cuma mampu bertahan dan menanti bilakah akan sampainya waktu aku akan bertemu mu lagi…”

Adam berdiri lalu berjalan menyusuri pantai. Nelayan yang baru pulang dari laut juga bersimpati dengan keadaan Adam yang sudah bertahun-tahun bagaikan hilang kewarasan.

Terdengar beberapa orang bercakap.

“Kesian adik ipar Ahmad tu… Dia mencintai seorang manusia melebihi cinta dia pada diri dia sendiri…”

“Kita doakanlah agar dia sembuh seperti mula-mula dia datang ke kampung kita dulu… Masa arwah isterinya masih ada…” Seorang lagi nelayan kampung berkata.