dingin…

salam kasih…

pena jemariku berjalan lagi. cuba menerobos erti sebuah kehidupan. mata masih segar. anak anak lena dibuai mimpi. melayan jemari sambil dengar lagu anuar zain. best jugak..

chit chat dgn bestfriend dan kakak sikit. feel good. feel better. jap lagi nak mandi. segarkan badan.

ok bye!

sang…

Jemari ini ingin menari laju hari ini. Menitipkan perjalanan sebuah jambatan kehidupan yang tidak pasti ke mana arah tujunya. Mencari bahagia yang tidak pasti akan bertemu atau tidakkah.

Di manakah aka nada bahagia jikalau fajar menyinsing dengan amarah yang tidak pernah ada rasa puas hati dari sang suami. Setiap hari hari dimulai dengan amarah yang tiada bersebab. Sedangkan si isteri bersengkang mata di malam hari menemankan anak anak yang kecilan.

Apakan daya sang hati tatkala sang suami membenamkan sifat berkira dengan isteri sendiri dalam kehidupan seharian walhal itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan sang Pencipta. Sering diungkit tentang pulus yang diperolehi setiap purnama dan dihabisi oleh anak anak dan sang isteri. Di mulutnya kata tidak mengapa tetapi tingkahnya seringkali memberontak dan mewar warkan amarah.

Sang isteri bertanya sampai bila harus keadaan ini berterusan… Saat itu juga sang suami berkira kira ingin mencari gadis lain sebagai suri. Sang isteri tidak sesuai bergandingan dengannya kerana seringkali menyakiti hati. Lalu sang isteri meng’amin’kan doa sang suami. Semoga sang suami bertemu sang isteri yang boleh berdepan dengan seribu api yang panas mem’baran’.

Sejauh mana kaki ini melangkah bersama sang baran…hanya Dia yang pasti. Dia sudah menentukan yang terbaik untuk sang isteri dan anak anak..

Aidiladha 2016…

salam aidiladha buat diri sendiri…

tiada pembuka kata seindah assalamualaikum. tak sangka rupanya dah almost 9 month aku tak update wordpress blog. kenapa agaknya.

alhamdulillah, almost  9 month juga aku officially worked with little caliph kindergarten as a teacher. setelah aku melalui banyak pengalaman perit sebagai pensyarah di kolej . Allah memberiku satu pekerjaan yang aku di kelilingi anak anak syurga, teman sekerja yang cukup solat 5 waktunya dan yang paling penting, aku banyak masa bersama anak anak yang sangat aku sayangi. syukur pada Allah.

tenang itu mendekati aku secara perlahan. berkat doaku selama ini.

alhamdulillah juga, rumah peninggalan arwah emak kepadaku telah siap dan hanya tunggu masa aku memasukkan perabot. walaupun tidak besar, namun itulah satu satunya tinggalkan arwah kepadaku dan anak anak. tempat berteduh untuk aku dan anak anak jika ditakdirkan suatu masa nanti kami akan berpindah ke kampung halaman.

baru baru ni aku membaca sebuah artikel di laman facebook berkisarkan berlaku kehambaran rumahtangga kerana isteri yang terlalu berdikari dalam pengurusan rumahtangga. terus terang aku katakan, kehambaran itu adalah perkara nombor 2 kerana jodoh itu rahsia Allah. tetapi apa yang menjadi keutamaan aku ialah adalah sangat perlu bagi seorang wanita untuk berdikari selagi dia mampu. andai kata berlaku perpisahan dalam pasangan suami isteri dan bekas suami kurang bertanggungjawab, maka berdikari adalah apa yang akan dialami oleh seorangb wanita bagi menyara dan membesarkan anak anak dengan kasih sayang. tidak perlu mengharapkan bantuan atau huluran bekas suami kerana wanita mampu bekerja, mendapat bantuan sebagai ibu tunggal dan yang pasti sokongna keluarga pastinya tidak berbelah bagi. wanita, be strong… anak anak penguat semangat dan teruskan hidup dengan bahagia bersama mereka. perkara lepas usah difikirkan. apa yang allah takdirkan, pasti ada hikmahnya.

sekian celoteh aku.

 

siapa sahabat..siapa hanya sekadar kawan.

tumblr_mfdgoxYjT91qh37hpo1_1280

salam sejahtera pembuka titipan…

fuh~ tiada kata seindah bahasa, tiada amal seindah akidah.

Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu.
Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”

1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya.
2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu.
3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi.
4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai.
5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang.
6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu.

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.
Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

http://diasahabatku.blogspot.my/p/arti-persahabatan.html

kesian…

Assalamualaikum…reader!

Dh lama tak menulis. Just nak share kelmarin bwk anak pegi klinik. Then nampak seorang pakcik cina tua sedang tercungap-cungap letih berjalan menuju ke arah bilik doktor.

kakinya mengalir darah beserta nanah. Aku agak itu mungkin luka akibat penyakit kencing manis. Aku agak lagi, dia mungkin tiada anak kerana diri dia yang tidak terurus.

Kalau dia ada anak, aku kasihankan anak dia. Sebab hidup anaknya SIA-SIA sahaja kerana tidak menghargai lelaki yang bergelar ayah yang menjadikan dia ‘ada’ di dunia yang sementara ini.

67-surat-dari-ayah-untuk-melepas-putrinya-yang-akan-menikah

ENO  ::  HOME SWEET HOME

~Dia Mak…~

Pemergiannya pada tanggal 8 Jun 2015 bersamaan hari Isnin..pada 12 tengahari. Adalah detik yang tidak sesekali kami adik beradik lupakan selagi nyawa bercantum badan. Dia…mak. Pemergiannya secara senyap.

Sebulan bertarung nyawa menahan kesakitan adalah tempoh singkat bagi mak. Kesakitannya tidak lama.. Ucapan ‘Allah’ sentiasa metitip di lidahnya. Disertai pula dengan memanggil arwah ibunya dahulu. Kehadiran ayah kami dan adik beradik silih berganti tidak putus menjaga ibu dengan sebeban kasih sayang. Penat lelah kami apalah sangat jika dibandingkan dengan melihat mak mengerang sakit kerana sukar bernafas. Azabnya mak.. Dan semua itu milik Allah semata-mata.

Begitu azab menahan sakit saat organ dalamannya sudah tidak mampu lagi berfungsi. Setiap hari kami 10 beradik hidup di dalam penuh debar. Apakah penghujungnya? Dan kini penghujungnya sudah tercapai ditangan.

Jernih dan manisnya wajah mu saat kami adik beradik memandikan dan mengapankan mu, mak… Ringan jenazah mu saat di usung dan luasnya liang lahad memuati jenazahmu. Suasana malam dan angin sepoi bahasa menemani saat pengebumian mu..seolah memberi rahmat.

Doa dan Yassin sentiasa kami bacakan untuk mu, Mak…

IMG-20150427-WA0006 IMG-20150427-WA0007 IMG-20150427-WA0008 IMG-20150428-WA0002 IMG-20150514-WA0002 IMG-20150515-WA0001 IMG-20150518-WA0003 IMG-20150518-WA0004 IMG-20150523-WA0004 IMG-20150523-WA0005 IMG-20150523-WA0006 IMG-20150530-WA0001 IMG-20150607-WA0003 IMG-20150608-WA0003 IMG-20150611-WA0005 Photo0089

Salam takziah buat mak yang sangat kami kasihi… Semoga Allah limpahi mu dengan keberkatan dan rahmat seluas alam ciptaan Ilahi. Selagi kami bergelar anak, doa itu adalah milikmu…

Eno – 16 Jun 2015 – 12.46pm – Cheras

Demi kamu wahai anak-anak..

Entri kali ni, aku cuma nak titipkan mengenai pengalaman aku mengandung, melahirkan dan berpantang dua orang anak perempuanku.

Ainul Mardhiah…anak pertamaku.

Awal kehamilan, aku muntah-muntah. Di pertengahan aku selalu sakit kepala. Di akhirnya pula, tumit kaki aku sakit-sakit.

Aku bersalin di Kelantan. Saat melahirkan, tiada siapa menemani kerana emak ke Mekah. Kakak pula tidak dibenarkan masuk ke bilik bersalin. Suami pula sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan demi aku dan anak. Mujurlah ada seorang doktor pelatih muda yang sentiasa ada ketika aku mengerang kesakitan. Pautan aku pada lengannya takkan aku lupakan.

Berpantang pula adalah proses yang amat memudaratkan bagi aku. Hanya makan ikan haruan bakar sepanjang seminggu berpantang. Terlalu banyak pantang larang dan apa yang membuatkan aku sentiasa menangis adalah saat melihat anak kesayanganku muntah dan menangis di waktu malam.

Ainul Nadhirah…anak keduaku.

Awal kehamilan, tiada lansung muntah-muntah. Tetapi sepanjang mengandungkan anak kedua aku, aku sering sakit kepala. Mungkin penat melayan anak pertama yang masih kecil.

Aku bersalin di Kuala Lumpur. Melahirkan anak kedua, sakitnya dapat aku litupi dengan kehadiran suami di sisi. Mencium tangannya di saat aku mengerang kesakitan adalah penawar kesakitan di kala itu. Bau badan suamiku juga sedikit sebanyak menenangkan aku.

Berpantang pula, aku mengambil masa dua minggu berada di rumah mertua. Mertua menjaga aku dan anak sulungku sebaik mungkin bagi mengurangkan beban aku. Suami pula sering berjaga malam demi anak sulung kami yang suka merengek. Pantang larang tidak terlalu banyak kerana banyak jenis makanan yang mertua aku sediakan yang baik untuk ibu berpantang. Terima kasih, mak…

*************

Inilah pengalaman aku dan anak-anak dan aku harap entri ini dapat di baca oleh mereka suatu masa nanti…

InshaAllah.