Kehidupan…dan hubungan.

19 November 2013

Bersembang dengan pelajar, membuat aku sedar bahawa mereka juga mempunyai pendapat tersendiri tentang sesuatu hubungan. Dan berdasarkan perbualan kami, terdapat suatu cerita yang ingin dikongsikan.

Kisahnya bermula apabila si isteri melihat kelainan pada sikap dan tingkah laku suaminya…

Pukul 2.45am….berlarutan sehingga ke pukul 5.45am. Telefon si suami berbunyi menandakan ada mesej pesanan ringkas masuk. Si isteri mula tertanya-tanya kerana keadaan ini berlarutan hari demi sehari. Ternyata tuhan itu adil. Suami terlupa untuk memadam mesej tersebut. ‘Perbualan ringkas antara sahabat perempuan yang telah lama tidak berhubung’. Suami kembali berkawan dengan sahabat perempuan tanpa sebarang alasan. Tidak dapat digambar oleh perkataan perasaan seorang isteri berada dalam situasi ini…

Demi kepastian, isteri bertanya tentang hal sedemikian kepada suami dan jawapan dari si suami adalah jawapan yang penuh dengan emosi dan riak kemarahan yang berapi. Suami begitu risau isteri menghubungi sahabat perempuannya itu dan kerisauan itu terserlah di wajah dan ngauman suara yang meninggi. Isteri dipersalahkan kerana melihat telefon suami tanpa izin walhal isteri mengambil telefon si suami demi menghubungi rakan sekerjanya memandangkan si suami sedang tidur. Tiada sebarang niat malah si isteri tidak mahu mengganggu suami yang sedang lena.

Ternyata kebetulan itu adalah anugerah dari tuhan untuk orang-orang yang dia inginkan. Perangai lama si suami masih lagi berbaki. Tanpa sebarang kesalahan dari si isteri yang banyak bersabar dan banyak berkorban untuk si suami.

Namun si isteri tidak mahu lagi mengusul dengan lebih lanjut kerana perkara seperti itu pernah berlaku dalam hubungan mereka sebelum itu. Si isteri tidak mahu lagi menuduh atau menyalahkan mana-mana pihak. Si isteri cuba menerima hakikat ujian yang tuhan cuba ukirkan dalam kehidupannya.

Hati si isteri sakit untuk menerima hakikat bahawa cinta si suami tidak seutuh cintanya. Sakit juga untuk memutuskan hubungan yang telah lama terjalin. Namun pilihan harus dibuat dan mungkin perpisahan dan jarak boleh membuatkan kehidupan mereka lebih tenang dan jauh dari sebarang pertengkaran yang boleh membuatkan seorang isteri menanggung dosa selama hatinya disakiti.

Si suami boleh memiliki kehidupan seperti yang dia inginkan bersama mana-mana perempuan yang diingini, dan si isteri mampu menerusan kehidupan bersama anak dan tidak mustahil jika dikemudian hari nanti, si isteri juga akan bertemu jodoh dengan insan lain yang lebih menghargainya.

Semuanya adalah sudah ditakdirkan tuhan. Si isteri yakin bahawa apa yang berlaku, mempunyai hikmahnya yang tersendiri…

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s