~kerana keikhlasan~

Hakim adalah seorang pekerja disalah sebuah hotel di ibu kota, Kuala Lumpur. Pada suatu malam semasa bekerja, salah seorang pekerja bawahan Hakim meminta izin daripada Hakim untuk meminjam sejumlah wang daripada ‘cashier float’ di kaunter resepsi kerana beliau tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke rumah memandangkan gaji masih belum diperolehi. Dengan berat hati Hakim tidak memberi keizinan memandangkan itu adalah wang syarikat. Hakim dengan hati terbuka telah meminjamkan duitnya sendiri sebanyak RM15 kepada pekerja tersebut. Hakim berharap dengan sejumlah wang yang tidak seberapa itu, pekerja bawahannya itu boleh pulang ke rumah dengan selamat.

Tidak berapa lama selepas itu, Hakim didatangi pula oleh seorang pemandu teksi bersama seorang gadis inggeris yang berasal dari United Kingdom yang datang ke kaunter resepsi. Pemandu teksi itu memberitahu kepada Hakim bahawa gadis inggeris yang bersamanya itu sedang dalam keadaan mabuk dan memintanya dihantar ke rumahnya yang berdekatan dengan hotel tempat Hakim bekerja. Dengan lapang dada, Hakim mengajak seorang pekerja lain untuk menemaninya menghantar gadis itu.

Semasa tiba di kediaman gadis itu, ayah si gadis itu memarahi anaknya yang pulang bertemankan 2 lelaki asing yang tidak dikenali. Namun Hakim telah menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya. Lantas ayah kepada gadis itu memberikan wang sebanyak RM70 sebagai ucapan terima kasih kerana menghantar anaknya pulang.

Hakim pulang kembali ke hotel bagi meneruskan kerja dan Hakim juga telah memberikan sedikit daripada jumlah duit yang diperolehi itu dengan 2 orang pekerja lain yang bekerja bersamanya pada malam itu.

Hati yang ikhlas akan membawa kepada kebaikan dan diberikan ganjaran yang lebih baik. InshaAllah…

 

English Version

Hakim is an employee of a hotel, Kuala Lumpur. One night at work, one of the subordinate ask permission from a Hakim to borrow some money from ‘cashier float at the reception counter as he did not have enough money to go home as the salary is still pending. Hakim reluctantly did not give permission as it is the company’s money. Hakim with an open heart has lent his money himself of RM15 to the employee. Hakim hopes with a meager sum, the subordinates can return home safely.

Not long after that, Hakim was approached by a taxi driver with a English girl who comes from the United Kingdom who came to the reception counter. The taxi driver told Hakim that English girl with him was in a state of intoxication and asked him sent to his home nearby the hotel. With an open heart, Hakim invites another employee to accompany him to send the girl.

Upon arrival at the residence of the girl, the girl’s father scolded her because she came back with two unidentified foreign man. But Hakim has explained the real situation. So the father of the girl gives a sum of RM70 as a thank you for sending her girl back.

Hakim returned back to the hotel to continue the work and Hakim also gave some of the money earned by two other employees who worked with him at night.

Sincerity will lead to good and better rewarded. InshaAllah …

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s