~Nama aku HADI~

Suatu hari Hadi ingin mencukur janggutnya yang agak panjang dan merimaskan. Hadi singgah di sebuah kedai cukur.Semasa tengah menggunting janggut, berlaku satu dialog antara mereka.

 

Tukang cukur : Encik, encik percaya kah yang tuhan itu ada?

Hadi : Percaya… Kenapa pulak tidak.

Tukang cukur : Saya tidak percaya lansung tuhan itu ada.

Hadi : Eh, kenapa pulak pakcik cakap begini? Tak baik tu.

Tukang cukur : Cuba encik tengok pengemis yang mengemis kat tepi jalan depan sana. (sambil menuding jari ke arah satu orang pengemis yang sedang meminta sedekah di seberang jalan)

Hadi : (cepat-cepat menoleh)

Tukang cukur : Kalau betul tuhan itu ada, kenapa dia biarkan pengemis tu menjadi peminta sedekah yang hina sebegitu? Kenapa tidak dibantu??

Hadi : (tak tahu macam mana nak jelaskan) Ehm……

 

::Selepas 5 minit keluar dari kedai cukur itu, tiba-tiba Hadi datang semula ke kedai tukang cukur itu. Tukang cukur terkejut::

 

Tukang cukur : Ada apa ni encik?

Hadi : Pakcik, pakcik ni tukang cukur kan?

Tukang cukur : La, habis tu yang encik cukur janggut tu dengan saya la.

Hadi : Tak! Pakcik bukan tukang cukur.

Tukang cukur : Eh kamu ni dah gila ke? Aku la tukang cukur!

Hadi : Cuba pakcik pandang pengemis yang mengemis kt kedai seberang jalan tu. (pengemis yang sama)

Tukang cukur : Kenapa dengan pengemis tu?

Hadi : Kalau betul pakcik ni tukang cukur, kenapa pakcik tak cukur;kan janggut dan rambut dia yang kusut masai tu?

Tukang cukur : Habis tu dia yang taknak datang cari aku. Takkan aku nak pergi cari dia pula.

Hadi : Pakcik, pengemis tu jadi pengemis sebab dia sendiri yang malas dan tidak mahu berdoa kepada tuhan. Takkan tuhan yang nak pergi cari dia untuk bagi dia kesenangan. Samalah macam janggut dia yang kusut masai tu. Kalau dia sendiri tak datang cari pakcik, takkan pakcik nak terhegeh-hegeh pergi cari dia? Betul tak???

Tukang cukur : Ehm…

 

 

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s