~Terbinanya Satu Ikatan~

Saya amat bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana memiliki seorang suami yang baik dan penyayang. Dia bukan sahaja baik dan penyayang tetapi dia juga seorang suami yang penyabar dan soleh.

Ramai yang berkata bahawa ego seorang lelaki adalah tinggi. Tetapi bukan suami yang saya nikahi. Dia rajin membantu saya melakukan kerja rumah seharian seperti memasak dan membasuh baju. Layanannya yang baik membuatkan saya rasa diri saya dihargai.

Pengenalan saya dengan suami selama 5 tahun membuatkan kami kenal satu sama lain. Keburukan dan kebaikan yang ada dalam diri masing-masing telah kami kongsi bersama.
 Pelbagai dugaan telah kami lalui samada susah mahupun senang.

Kami bersama mengharungi kesempitan hidup. Kami bersama menghadapi kehadiran orang ketiga. Kami bersama mengubah sikap yang tidak baik dalam diri. Dan semua yang dilakukan mampu diatasi dengan adanya KASIH SAYANG DAN KESABARAN di dalam diri.

Kepada mereka yang membaca entri ini, apa yang saya boleh ulaskan adalah; ‘Bukan mudah untuk kita mencapai sesuatu yang kita inginkan jika kita tidak menadah tangan dan sentiasa mengingati Allah…Yakin  dan percayalah dengan Keagungan Nya’

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa

.

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s