~Semakin dekat~

Adam merenung Arina yang sedang lena di buai.

“Lena sungguh dia sampaikan bunyi kereta pun dia tak dengar…” Adam mengelus lembut rambut panjang isterinya. Adam membiarkan sahaja Arina dibuai lena. Tidak mahu diganggu.

Adam senang hidup bersama Arina. Tiada karenah yang menyakitinya, tiada ungkapan kasar untuknya, hanya senyuman mesra setiap hari, layanan seorang isteri yang ikhlas dari hati, dan Adam tenang bila Arina sentiasa ada menemaninya.

Saat dia bergelut melawan orang yang ingin menendangnya keluar dari syarikat, saat dia tertekan dengan bebanan kerja yang terlalu banyak, tidak sesekali mematahkan semangat Adam untuk terus bangun dari hamper jatuh. Ini kerana Adam sedar, masih ada insane yang memerlukan dan menghargai kehadirannya. Masih ada Arina yang sentiasa menyambutnya setiap kali pulang dari pejabat. Masih ada Arina yang selalu menemaninya sewaktu makan malam. Masih ada Arina yang bangun membancuhkan air panas jika dia terpaksa berjaga malam demi menyiapkan projek. Masih ada dia…

*******************************************************

Arina membuka pintu bilik tidurnya. Kelihatan Adam yang sedang menikmati kuih dan jus tembikai. Dilihatnya jam di dinding, tepat pukul 6.30 petang.

“Awak dah balik? Maafla tadi saya tak perasan awak balik. Saya tertidur dibuaian…” Arina bertanya sambil menghulurkan maaf kerana tidak sedar akan kepulangan Adam dari pejabat.

Adam Cuma diam tanpa kata sambil membaca majalah di balkoni bilik mereka. Arina perlahan –lahan turun menuju ke dapur.

“Bila Adam balik, Mak Jah? Saya tak perasan…” Arina bertanya Mak jah yang sedang memotong brokoli untuk dimasak sup.

“Dia balik pukul 6.00 petang tadi. Masa tu Arina tengah tidur kt buaian. Mak jah nak kejutkan Arina tapi dia tak bagi. Dia suruh Mak Jah bagi dia kuih sebab dia kata hari ni dia tak makan apa-apa lagi…” Mak Jah menjawab panjang.

“Betul ke? Kesian dia… Takpalah, kita masak sama-sama.” Arina menawarkan diri.

“Tak apa, Arina. Kamu naik je teman Adam kt bilik. Mungkin dia perlukan kamu tu. Lagipun Mak Jah tengok muka dia macam ada masalah…”

“Betul ke? Baik Mak Jah. Saya naik dulu, ya. Nanti lepas mandi saya akan turun bantu Mak Jah…”

Lalu Arina melangkah naik semula ke bilik.

*************************************************************

Usai mandi, Arina mula mencari-cari blaus tidur mana yang mesti dipakainya. Terlalu banyak baju tidur yang Adam belikan untuknya. Semuanya jenis gaun kembang.

“2 hari lepas pakai baju warna kuning, kelmarin pakai baju warna hijau, semalam pakai baju warna biru… hari ni?” Arina mengomel sendiri.

“Hari ni pakai baju t-shirt dan kain batik.” Tiba-tiba terdengar suara Adam menyampuk daripada belakang.

Arina terkejut. Adam perli dengan penampilannya dahulu.

“Cepat sikit. Aku nak makan dah ni.” Adam menyambung lagi lalu keluar dari bilik dengan membawa dulang berisi mangkuk kuih dan gelas air.

Arina malu sendiri…

*****************************************************

Arina mencedukkan sup sayur di dalam mangkuk dan dihulurkan kepada suaminya.

Arina melihat lauk di atas meja. Tiada satu lauk pun yang dia masak malam itu untuk hidangan suaminya. Dia sedikit kecewa.

“Kenapa kau tak makan?” Adam bertanya.

“Kau sakit ke?” Adam menyambung lagi.

“Bukan… Cuma saya rasa terkilan sebab saya tak dapat masak untuk awak malam ni.” Arina meluahkan perasaannya.

“Tak apa, aku tak kisah. Lagipun Mak Jah kan ada. Dia dah biasa buat semua ni. Aku cuma nak kau duduk diam –diam je kat rumah ni. Jangan menyusahkan aku. Itupun sudah cukup untuk aku…” Adam memujuk tetapi terselit ugutan di dalamnya.

“Saya faham…” Arina akur.

“Esok papa dan mama nak datang. Mereka datang pun tak lama. Cuma singgah sekejap sebab mereka ada hal lain.”

“ Betul ke?! Baguslah tu… Saya dah lama tak jumpa papa dan mama. Rindu betul! Kalau macam tu esok saya masak banyak-banyak sikit, boleh? Boleh kita makan ramai-ramai…” Keriangan jelas terpancar diwajah Arina.

“ Buatlah apa yang kau rasa patut.” Adam memberi izin.

“Tapi awak jangan balik lambat sangat, ya?!” Arina beria berpesan.

“Sejak bila aku nak kena dengar arahan kau ni?” Adam menaikkan suara. Arina terdiam. Wajah terkejut Arina jelas kelihatan merah. Lalu Adam cepat-cepat menjernihkan suasana.

“Aku akan cuba balik awaln esok. Jangan lupa masak bubur jagung. Aku dah lama tak makan. Teringin pulak. Kau kan pandai masak bubur…”

Arina tersenyum semula. Dirinya terasa dihargai oleh suami semdiri.

‘Terima kasih diatas senyuman yang tidak putus-putus untuk aku…’ Hati Adam berbisik perlahan… Dan hanya dia yang mendengar bisikan itu.

 

 

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s