~Kedatangan Mengejut yang dijangka~

Adakah Aku Yang Khayal Kehadiranmu
Atau Sememangnya Kau Disini

Sekadar Menyisip Suasana

Pedih
Melihat Engkau Begini
Penawar Tidak Berguna Lagi
Sedih

Merindui Belaian Kasihmu
Sedari Dulu Andai Pasti
Di Takdir Kita Bersama

Andai Kita Ditakdirkan Berdua

Arina termenung di jendela biliknya sambil memandang jauh ke pantai.

‘Rindunya aku pada dia… Apakah yang dia sedang lakukan sekarang. Hari ini hari Ahad, dia mungkin tidak bekerja. Sudah 3 hari dia tidak menghubungi aku… Rindunya hati ini…’ Arina merintih sendiri mengenangkan suami yang di tinggalkan.

‘Berdosakah aku meninggalkan suami demi kepentingan diri sendiri?’

Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta menyusur masuk ke pekarangan rumah.

Abang Ahmad yang sedang menjahit jala menyapa.

“Adam… balik dengan kereta ke? Jauh memandu…”

Arina menjengah. Lalu dia berlari anak mendapatkan Adam. Dari jauh Adam dapat melihat Arina tersenyum memandangnya.

“Ya, bang… Saya balik dengan kereta. Saja saya nak rasa macamana balik kampung dengan kereta ni…” Adam menjawab soalan Abang iparnya itu.

“Masuk dulu, Adam. Arina ada dalam bilik tu. Ashik termenung sejak pagi tadi. Teringatkan kamu agaknya.” Abang Ahmad menyambung.

“Baik, bang…” Adam mengeluarkan bagasinya dari dalam bonet kereta Honda Civic nya.

“Lama ke kat sini? Besar benar begnya ni…” Abang Ahmad bertanya sambil menolong Adam mengangkat bagasi.

“Ingat seminggu, bang. Lagipun saya nak rehatkan badan. Tertekan saya hidup kat bandar…

“Pulak… Kalau macam tu boleh la teman abang ke laut nanti.” Abang Ahmad gelak dituruti Adam.

Arina yang berada di bilik masih lagi tersenyum dengan kehadiran Adam.

***********************************************

Adam mengerling ke arah Arina yang sedang menyusun bajunya ke dalam almari.

“Kenapa sejak tadi kau diam je. Taknak tanya kabar aku ke? Ke kau dah ingat yang aku ni suami kau?”

Arina tetap membisu. Lalu Adam cuba untuk merapati Arina.

Adam mendongakkan dagu Arina.

“kenapa kau menangis?” Adam bertanya.

Arina duduk di tepi katil.

“Maafkan saya sebab tinggalkan awak. Awak terpaksa datang menemui saya. Saya bukan isteri yang baik…”

“Jangan cakap macam tu. Kau sudah cukup baik untuk aku… Lagipun aku yang izinkan kau balik kampung.” Adam cuba menenangkan Arina yang teresak. Lantas ditarik lembut Arina ke dalam pelukannya.

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s