~Izinkan aku mencintaimu~

Awal subuh, Arina bangun daripada tidur. Arina terngamam saat melihat Adam berteleku di sejadah lebih awal darinya.

Sesungguhnya itu adalah buat pertama kali sepanjang setahun usia perkahwinannya bersama Adam, melihat Adam berteleku di atas  sejadah.

Arina terkedu tanpa kata. Lantas tanpa diseka airmatanya berguguran. Sedingin suasana subuh di kala itu.

“Pergilah ambil wudhuk. Aku tunggu kau. Kita solat bersama…” Adam terlebih dahulu bersuara dan Arina pantas bangun dan menuju ke bilik air untuk berwudhuk.

Adam mengimamkan solat? Arina masih tidak percaya. Walaupun bacaan al-Quran Adam tidak begitu fasih, namun Arina bersyukur kerana sekurang-kurangnya Adam tahu untuk menyebut kalimah Allah.

‘Airmata mengalir lagi…’ Arina teringat saat dia solat subuh berjemaah bersama abangnya di kampung dahulu.

“Kenapa kau menangis?” Adam menyentuh kepala Arina yang masih bertelekung di hadapannya.

“Saya teringatkan abang saya…” Esakan kecil mula kedengaran.

‘Manja…walaupun sudah ada aku. Begitu besar kasihnya kepada abang Ahmad. Mungkin dia hanya ada abang Ahmad sebagai saudara sedarahnya…’ Adam bertutur di hati.

“Kalau kau nak balik kampung, nanti aku belikan tiket ‘flight‘. Tapi aku mungkin tak dapat ikut sebab banyak meeting aku kena ‘attend‘. Apabila dah siap semua kerja aku akan pergi jemput kau kat sana.”

Arina cuma senyum lalu tangan Adam dicapai dan diciumnya.

“Terima kasih, awak…”

“Sama-sama…” Adam membalas mesra.

Hanya Allah sahaja yang tahu akan kasih yang berputik di hati mereka…

Umpama kembangnya bunga di pagi hari…

Itulah anugerah Allah yang tiada siapa mampu menahannya.. Kasih dan sayang…

Petang itu, Arina terus berangkat pulang ke Kelantan. Sesampainya di Terminal Pengkalan Chepa, telefon bimbitnya berdering.

“Kau kat mana?” Terdengar suara Adam sayup-sayup.

“Saya baru sampai.”

“Kau tunggu depan kaunter. Akan ada orang jemput kau nanti. Hati-hati.”

“Baik…” Belum sempat salam diberikan, Adam terlebih dahulu meletakkan telefon.

Tiba-tiba seorang lelaki datang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Karim, pemandu pelancong yang di upah oleh Adam untuk mengambil Arina setiap kali sampai ke lapangan terbang Pengkalan Chepa.

Arina akur…

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s