Sejatikah aku bergelar seorang lelaki…

Aku adalah seorang lelaki… Namun sejatikah aku?

Selepas menamatkan persekolahan, aku terus menjejakkan kaki di alam pekerjaan dan aku berjaya mengembangkan kerjaya di dalam industi yang aku sangat minat. Aku adalah ‘hotelier‘ di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Walaupun pekerjaan aku sebagai ‘Bartender‘ tidak disukai oleh ahli keluarga tetapi aku menganggap itu adalah sumber rezeki untuk aku.

Pergaulan aku bersama kawan-kawan tiada batasnya. Pada aku, lelaki atau perempuan sama sahaja asalkan kami seronok bila berkawan dan bergaul.

Aku sedar aku jauh daripada agama yang aku anuti selama ini iaitu agama Islam tetapi aku ambil endah tidak endah. Mungkin belum masanya aku fikirkan semua itu.

Ya… aku masih muda dan mungkin suatu hari nanti aku akan insaf. Siapa tahu…

Aku adalah anak sulung daripada 4 beradik dan aku mempunyai ibu bapa yang menyayangi aku.

Cuma mungkin jodoh mereka tak panjang sehinggakan mereka berpisah akhirnya. Kami sebagai adik beradik membawa haluan masing-masing dan hidup berdikari.

Itulah hidup aku… bebas dalam segala-galanya sehinggakan aku bertemu dengan isteriku sekarang dan kami berkahwin.

######################################

Aku sudah mempunyai isteri yang aku kahwini atas dasar cinta dengan setulus hati.

Walaupun ibuku membantah perkahwinan aku tetapi ak tetap juga menikahi isteriku sekarang.

Aku mempunyai 4 orang anak tiri yang sangat menghormati ku.

Aku juga mempunyai 2 orang anak kandung yang sangat comel pada pandanganku.

Aku mempunyai kerjaya yang aku inginkan walaupun pada pandangan orang ramai ianya adalah bukan kerjaya yang baik.

Aku adalah seorang ‘Bartender‘ di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan adalah sesuatu yang biasa jika aku katakan bahawa ‘Alcohol‘ dan aku sudah sebati bersama…

Tanya jenis apa, semua aku tahu…

Aku mempunyai sebuah keluarga yang harmoni.

Tetapi Allah uji aku dengan kedatangan seorang perempuan yang bekerja di tempat yang sama dengan aku.

Dan kerana layanan aku yang mesra terhadapnya, menyebabkan kami telah menjalin hubungan sulit yang payah untuk dipisahkan lagi walaupun telah aku cuba.

Aku rasa sangat bersalah terhadap isteriku. Sehingga isteriku menyedari bahawa aku telah mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.

Dengan rasa sebal di dada, isteriku telah menyerang kekasih gelapku di tempat kerja kami.

Dan kini aku tersepit di antara rumahtanggaku dan cinta baru ku yang juga aku sayang.

Sebagai lelaki… apa harus ku lakukan?

Aku buntu…

####################################

Akhirnya setelah beberapa bulan bergelut dengan masalah, aku telah menceraikan isteriku melalui sms sahaja demi kekasih baru yang aku sayangi dan tidak mahu aku lepaskan.

Adikku berkata bahawa aku sayangkan kekasihku hanya kerana dia masih ‘gadis’.

Mungkin ya….tetapi mungkin juga tidak. Kerana memang betul aku sayangkan dia.

Aku kenal erti cinta bila bersamanya..

Aku telah mengambil semua pakaianku dan berpindah ke rumah adikku yang juga berhampiran dengan rumahku sekarang. Adikku masih bujang tetapi dia mungkin akan berkahwin pada hujung tahun nanti.

Di mana harus aku menapak lagi selepas ini? Aku sendiri tidak tahu. dan aku serahkan semuanya pada keadaan.

Itulah aku…

Aku bertanya kenapa masalah sebegini memburuku. Namun adikku memarahi aku dengan berkata bahawa masalah yang aku alami pada waktu sekarang adalah masalah yang aku sengaja mencarinya sendiri. Dan aku kena hadapi semua ini.

Bekas isteriku telah datang membuat bising di rumah adikku kerana aku berjumpa secara senyap-senyap dengan anak kami. Dia memarahi aku dengan berkata bahawa itu adalah anak dia dan aku tiada hak untuk berjumpa dengan anak-anak kami..

Apa lagi yang harus aku lakukan… Aku sayangkan keluarga aku, tetapi aku lebih sayangkan kekasihku…

bersambung…

Advertisements

One thought on “Sejatikah aku bergelar seorang lelaki…

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s