Ulangtahun Perkahwinan…

Suatu malam, Dato’ Said menghubungi Adam. Dato’ Said lebih tahu apa yang Adam sendiri telah lupa iaitu hari ulangtahun perkahwinan dia dengan Arina. Sedar tidak sedar, sudah setahun usia perkahwinan mereka. Dato’ Said menyuruh Adam membawa Arina bercuti.

‘Tapi ke mana? Aku sudah lama tidak bercuti.. Tambah pula bercuti berdua. Argh!!!! Kenapa papa suka memaksaku!’

Adam mendongak melihat siling di bilik pejabatnya. Lantas telefon di atas meja dicapai.

“Ria, uruskan saya tempat bercuti minggu hadapan utk 3 hari 2 malam, untuk honeymoon…”

“Encik Adam mahukan dalam negara atau luar negara?” Ria, setiausaha Adam bertanya lanjut.

“Dalam negara. I prefer pantai. Taknak tempat sejuk.”

“Baik Encik Adam. Saya akan uruskan percutian untuk honeymoon 3 hari 2 malam di pantai. Once semua settle by today, i will let you know.”

Thanks, Ria…” Gagang telefon diletak semula. Adam mengeluh kecil.

Adam mula terkenang kisah lama…. Tiba-tiba hatinya menjadi sakit. Dia yang memberi aku cinta dan dia juga yang memusnahkannya.

‘Di manakah dia sekarang? Kenapa aku disakiti sebegini rupa… Kenapa!’ Tidak semena-mena airmata Adam mengalir.

‘Mengapa harus aku menangis kerana perempuan yang telah lukai hati aku.’ Adam menyesal.

———————————————————————–

Petang itu hujan renyai membasahi bumi.. Adam memandu perlahan sambil fikirannya menerawang jauh. Tempat apakah yang paling sesuai untuk meraikan ulangtahun perkenalan dia bersama Safi, kekasih yang sangat dicintainya. Jadual seminggu outstation di Australia tidak dihabiskan. Hanya beberapa hari sahaja. Dia terlalu rindukan belaian kekasihnya. Kepulangannya diawalkan tanpa pengetahuan sesiapa kecuali setiausahanya, Ria.

Dalam berfikir jauh, akhirnya Adam sampai di kondominium milik Safi. Kondominium yang dibeli khas untuk mereka bertemu bila rindu membungkus diri.

Adam melangkah menaiki lif sehingga sampai di hadapan pintu.

Pelik, ada sepasang kasut lelaki asing. Bukan kasut miliknya. Masih baru dan berkilat. Mungkin Safi belikan untuknya sempena ulangtahun percintaan mereka. Adam membuka pintu perlahan dengan senyuman dan rindu yang membuak didada.

Langkah Adam semakin laju ke arah bilik apabila terdengar bunyi yang pelik. Saat pintu di buka, Adam terkejut melihat aksi Safi bersama lelaki yang bukan dirinya yang sedang dibasahi peluh.

Saat itu jugalah, semuanya musnah. Hidup Adam musnah tanpa cinta. Sehinggalah Dato’ said memaksanya menikahi isterinya sekarang.

Walaupun tiada cinta, tetapi dia tenang dengan kehadiran Arina. Dia tidak biasa hidup tanpa melihat kelibat Arina apabila dia bangun pagi dan sebelum tidur.

Arina adalah hidupnya kini…

————————————————————————————

Destinasi pilihan adalah Avillion Hotel, Port Dickson. Hotelnya sangat cantik dan perkhidmatannya juga cepat dan selesa.

Adam dapat merasainya tambah lagi tatkala melihat wajah Arina yang berseri-seri sejak sampai di lobi hotel.

Mereka dilayan dengan penuh mesra memandangkan mereka mengambil Pakej Bulan Madu yang paling eksklusif.

Mereka mendapat ‘Welcome Drinks’ dari buah-buahan yang segar dan mereka berjalan menuju ke bilik dengan diiringi 2 orang staff yang membawa jambangan bunga ros. Sepanjang jalan mereka ditemani haruman bunga ros. Sangat istimewa. Di dalam bilik mereka juga dihiasi dengan pelbagai bungaan yang harum dan segar. Katil mereka juga ditaburi bunga melur yang putih.

Di dalam bilik air juga telah tersedia tab mandi yang di taburi potpouri yang wangi dan baik untuk kesihatan.

Wangian bilik membuatkan Adam terasa sesuatu yang lain. Sesuatu kelainan. Tentang perasaannya kepada Arina.

Arina kelihatan cantik waktu itu. Tatkala rambutnya yang panjang mengurai itu disikat rapi. Saat melihat Arina berjalan dengan memakai kain batik dan t-shirt putih. Semuanya kelihatan sempurna pada Adam.

Bulan madu mereka telah membuahkan rasa yang berbeza dalam hati Adam. Adam semakin ingin mendampingi Arina. Haruman dan kelembutan Arina menarik-narik Adam untuk mendekatinya. Seolah-olah ada satu kuasa yang memaksa Adam mendekati Arina.

Adam sedar, perasaan itu sama seperti mana ketika dia bersama kekasihnya dulu.

‘Adakah aku sudah menyayanginya? Adakah aku sudah mencintainya?’ Adam menyoal dirinya dan mengharapkan suatu masa nanti akan ketemu jawapannya.

————————————————————————————————————————–

Malam kedua mereka di Hotel, Adam membawa Arina keluar untuk menikmati keindahan pantai Port Dickson. Tempat yang menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

Arina kelihatan sangat gembira. Dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Sungguh memikat hati Adam. Tambahan pula, Arina tidak pernah menyakiti hatinya apatah lagi melawan kata-katanya.

Mereka singgah di sebuah kawasan menjual baju-baju serta barang perhiasan juga pelbagai cenderahati. Keadaan orang yang ramai membuatkan Arina tidak senang. Apatah lagi ada beberapa lelaki yang menghimpitnya. Adam yang melihat mula tidak senang hati. Lantas dipeluknya Arina erat. Arina yang sedang cuba meleraikan diri daripada orang ramai waktu itu terkejut apabila dia erat dalam pelukan Adam.

Mereka kemudian mencelah di kalangan orang ramai untuk keluar dari kawasan yang sesak itu. Pelukan Adam yang erat dan susun langkahnya yang cepat menghalang Arina daripada singgah dikedai menjual baju kanak-kanak yang bergambarkan keindahan pantai Port Dickson. Arina kecewa dengan sikap Adam. Mengapa diajaknya keluar berjalan jika dia tidak sempat berbuat apa-apa.

Di dalam kereta juga sepanjang perjalanan pulang semula ke hotel, Arina berdiam diri. Tidak senyum apatah lagi bersuara. Adam menyedari kelainan pada raut wajah isterinya itu. Adam tidak suka melihat raut wajah Arina yang tidak ceria. Dia tidak biasa.

“Kenapa kau diam je sejak kita balik tadi?” Adam memulakan bicara. Dilihat Arina sedang termenung di atas sejadah usai solat ishak.

“Takda apa. Saya penat sikit.”

“Selama ni kalau kau penat tak pernah kau macam ni. Aku tahu kau ada simpan benda lain dalam hati dan aku nak kau bagitahu aku apa masalah kau.” Adam mendesak.

Arina yang selesai melipat kain telekung mula berganjak ke atas katil. Arina diam tanpa sebarng jawapan kepada soalan Adam.

“Selepas beberapa minit, Adam berpaling memandang Arina.

‘Dah tidur rupanya…’ Adam menutup I-Pad dan turut baring di sisi Arina.

Rambut Arina dielus perlahan.

‘Lembutnya…’

Bagaikan ada satu suara berbisik menyuruh Adam melakukan sesuatu. Dengan perlahan Adam mengucup dahi Arina.

‘Indahnya perasaan ini…’ Adam memejamkan matanya.

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s