Jangan Mengambil Sesuatu yang Bukan Milik Kita…

Tiada kata seindah pembuka bicara, melainkan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini aku cuma nak bercerita mengenai sikap ‘Zalim’ iaitu meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.

Dan isu aku hari ini ialah mengenai perempuan yang mengambil kekasih @ suami orang (kepunyaan) orang lain dalam keadaan dia waras dan mempunyai akal untuk berfikir bahawa itu adalah bukan kepunyaannya.

Aku perempuan, aku tahu akan perasaan kaum sejenisku. Jika sekali jatuh cinta, kekasih @ suami orang pun kita tidak kisah. Sebab hati dah kata sayang.

Tapi ingatlah wahai perempuan semua.

Allah menciptakan akal yang terletak paling atas pada tubuh badan kita. Maka fikirlah akan sesuatu perkara menggunakan akal yang waras dan bukan dengan hati yang bertunjangkan emosi.

Mengapa kita mahukan sesuatu yang sudah menjadi milik orang lain? Itu bukan milik kita. Maka kita kena lepaskan pada pemiliknya yang asal. Jangan merampas kepunyaan orang yang selama ini orang jaga dan pupuk dengan baik.

Adakah anda bahagia dengan menzalimi orang lain?

Apakah anda akan rasa jika orang lain merampas hak dan kepunyaan anda?

Adakah anda fikir anda cukup hebat untuk menjatuhkan sebuah masjid yang terbina?

Ingatlah pesanku…..

Biarlah kita sakit menanggung cinta yang tidak kesampaian bersama orang yang dicintai… Daripada kita menyakiti orang lain yang pada akhirnya nanti akan menjatuhkan kita semula…

Ini kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran.

Ini kerana setiap kejahatan yang kita lakukan akan mendapat balasan.

Ini adalah janji Allah S.W.T…

Beringatlah…!

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s