Semanis kurma…

Dunia sekarang… kecik2 dah bercinta… Dari sekolah rendah lagi dah pandai ade boyfriend girlfriend… Tapi masa kecik2 dulu, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, mungkin la boleh diklasifikasikan sebagai cinta monyet, tapi bila dah di zaman universiti, biasanya orang dah tak panggil cinta monyet, tapi cinta yang tak kesampaian…aka takde jodoh antara kita…

Semanis kurma, tajuk nya malam ni cinta baru kekasih lama, membincangkan tentang masalah rumah tangga yang wujud orang ketiga iaitu kekasih lama…huhuhuhu…gerunnyerrrrr…

Ada satu call dalam rancangan semanis kurma memberitahu,

“saya dah kahwin 14 tahun, anak dah 4… Suami cakap dia tak cinta saya, dia dah jumpa kekasih lama dia semula… Suami berusaha meretakkan rumah tangga kami dan bercerai untuk bersama bekas kekasihnya .Suami saya akan berusaha sehingga mati katanya”

Wooow…hebatnya cinta mereka…kononnya…

Bekas kekasihnya siapa?

“Dia masih isteri orang. Dan mempunyai anak 4 jugak…”

Woooow…pengorbanan menyatukan cinta sejati…kononnya…

Dunia sekarang… boleh dikatakan ramai yang mempunyai bekas kekasih sebelum berkahwin. Dunia sekarang…canggih!!!! Boleh menjejaki semula di mana2 sahaja…facebook,twitter…dan satelit mungkin…hahahhahahahahaha….

Tolonglah…. fikirkan semula rumah tangga yang dibina… takkan nak merosakkannya hanya kerana kekasih lama…

Point yang saya dapat dari rancangan tadi:

Simpan rahsia rumah tangga!!!! Terutama kepada teman yang lain jantina, tambah2 lagi duda, janda atau kekasih lama…

Bila dah lama berumah tangga, gaduh itu biasa, bila ada masalah besar sikit, cuba cari jalan penyelesaian untuk duduk berbincang… Sudahlah bergaduh, nak berbincang pula…susah bukan??? Sebab tu perlunya ada undang2 dari awal perkahwinan… Selalu adakan mensyuarat rumah tangga, setiap minggu mungkin…

Masalah timbul apabila kekasih lama muncul semula, tambahan pula tengah ada krisis rumah tangga… berceritalah itu dan ini kepada kekasih lama…

Mula2 simpati, lama2 boleh jatuh hati…

Kalau terfikir anda akan curang jika kekasih lama kembali, jangan bercinta lagi…maknanya, hati anda belum bersedia..

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s