~Kerana sebiji pasu~

“Mak Jah!!!” Adam menjerit memanggil nama Mak Jah yang selama ini membesarkannya.

“Ya Adam. Kenapa menjerit ni?”

“Kenapa pasu saya pecah? Saya dah banyak kali pesan supaya jangan usik barang-barang kat sini. Kenapa Mak Jah usik juga?”

“Tidak, Adam. Mak Jah tak usik lansung. Tapi mungkin isteri kamu yang bersihkan tempat ni tadi. Lagipun dah lama kebun kecil ni terbiar. Arina bosan katanya. Mak Jah pun tak sedar bila dia kemaskan taman ni.” Mak Jah menerangkan perkara sebenarnya.

Taman kecil Adam mulai dicerobohi. Ada sesuatu yang Adam sembunyikan dari pengetahuan semua orang.

Adam berlari menuju ke dalam rumah mencari Arina. Mak Jah cuma menggelengkan kepala dengan baran Adam yang tiba-tiba itu.

Pintu bilik ditolak kuat. Arina yang sedang menggosok baju tersentak.

“Kenapa pasu kat taman kecil pecah? Siapa yang suruh kau pandai-pandai kemas kt situ? Selama ni tak pernah siapa usik tempat tu. Kau datang je terus nak ubah semua barang-barang aku. Aku tak kisah kau nak buat apa-apa kt rumah ni tapi tolong jangan kau kacau ‘privacy’ aku. Mulai hari ni aku taknak kau usik lagi barang-barang aku!” Adam menyepak meja di sebelah Arina sehingga berselerak semuanya. Lalu Adam berlalu pergi.

Dalam waktu yang sama, Adam tidak tahu bahawa kaki Arina telah terkena seterika panas. Arina menangis kesakitan.

Kehadiran Adam tiba-tiba mengejutkannya. Ditambah pula tindakan agresif Arina telah menyebabkan dia luka. Arina menangis teresak-esak sambil menyangkut semula baju-baju Adam yang ingin digosoknya tadi.

‘Sampai hati awak… Hanya kerana pasu, awak buat macam ni..’ Arina benar-benar sedih.

Malam itu, Adam makan sendiri. Tidak lagi ditemani Arina.

********************

“Mak Jah, Arina mana? Sejak balik tadi tak nampak dia.” Adam bertanya Mak Jah yang sedang menyenduk nasi untuknya.

“Oh, dia pergi klinik dengan Pak Lah. Kaki dan tangan dia melecur terkena seterika katanya. Pak Lah kata mereka mungkin lambat sikit sebab jalan ‘jammed'”

“Kenapa saya tak tahu?” Adam mendongkkan kepala dan cuba mendapatkan jawapan daripada Mak Jah.

“Daripada petang kami cuba telefon Adam tapi tak dapat. Telefon habis bateri ke? Sebab Arina kata masuk peti suara”

Adam mengimbas kembali. Bateri telefon dia habis petang tadi. Lalu Adam bangun dan bergegas ke bilik bagi mendapatkan telefon bimbitnya. Telefon dicas dan dihidupkan semula. Banyak panggilan masuk daripada nombor telefon rumah. Mungkin Arina yang cuba menelefonnya.

Rakaman suara dipeti suara telefon didail.

‘Awak, banyak kali saya cuba telefon awak tapi takda jawapan. Saya nak minta izin untuk ke klinik sekejap sebab saya tak berapa sihat. Harap awak izinkan. Assalamualaikum…’

Adam mula menyesal dengan tindakannya yang kasar petang tadi. Dia tidak sabar menunggu kepulangan Arina. Dia ingin melihat sendiri keadaan Arina.

‘Walaupun aku tak sayangkan dia, dia tetap isteri aku yang sah…’ Adam berteleku di hujung katil sambil meraut wajahnya.

‘Kenapa hanya kerana sebiji pasu aku sanggup bertindak di luar kawalan.. Ya Allah, apa telah aku lakukan ni. Kenapa aku masih belum dapat lupakan masa silam aku dulu…’

Sedar tak sedar jam sudah merapati 8 malam. Adam terdengar suara Pak Lah di bawah. Adam cepat-cepat turun bagi mendapatkan kepastian.

Lengan Arina berbalut dengan kain putih. Ada kesan ubat padanya. Kaki Arina juga berbalut.

Arina yang sedang duduk di sofa terbangun bila Adam muncul di hadapannya tiba-tiba.

Adam memandang Pak Lah. “Apa yang doktor cakap tadi, Pak Lah?”

Pak Lah membetulkan kain pelikat yang dipakai. Dia seolah faham hati lelaki Adam yang risau.

“Agak teruk juga tu. Lengan dia melecur terkena air panas dalam seterika petang tadi. Kaki pula luka sebab terhempas seterika panas. Boleh dikatakan kulit dia melecur.”

“Saya tak ada apa-apa. Sikit je.” Arina tidak mahu Adam bertanya lebih lanjut. Takut barannya datang. Tambah pula dia keluar tadi tanpa izin.

Adam mencempung Arina tiba-tiba dan membawanya ke bilik. Mak Jah dan Pak Lah memandang sesama sendiri.

*****************************************

Adam merebahkan Arina di katil. Perlahan.

Adam duduk dikerusi sambil memandang Arina dari hujung rambut ke hujung kaki. Keadaan Adam membuatkan Arina rimas. Arina cuba bangun dan ingin jauh daripada Adam. Dia risau Adam akan apa-apakan dia lagi. Cukuplah petang tadi.

“Sakit ke?” Adam memecahkan hening. Arina tidak jadi turun draipada katil.

“Sikit je…”

“Kalau sikit takda la kau berbalut atas bawah.” Adam serius.

“Maafkan saya sebab tak bagitahu…” Arina menjelaskan keadaan.

“Kau dah bagitahu. Aku dengar peti suara telefon tadi. Tapi kau cakap tak sihat. Tak pula kau cakap yang kau terkena seterika. Kau tahu kan kesan kena seterika macam mana?”

Arina terkebil-kebil memandang Adam. Cuba memahami.

“Kulit kau nanti akan berparut. Aku taknak badan kau berparut, calar sana sini. Aku tak suka.” Adam menerangkan rasa hatinya.

Telefon bimbit Adam berbunyi. Lantas dicapai dan dimatikan.

“Kau dah makan ke?” Adam bertanya.

“Tengahari saya dah makan…” Arina menjawab.

“Aku tanya sekarang ni. Bukan tengahari tadi.” Wajah takut Arina direnungnya.

“Kau tunggu sini jangan bergerak sangat. Aku turun ambilkan nasi untuk kau. Kalau nak apa-apa bagitahu aku. Jangan buat sendiri. Aku tak suka kau banyak bergerak..” Adam bangun dan keluar dari bilik.

Arina bernafas lega.

Seketika kemudian Adam datang dengan membawa sepinggan nasi dan teh suam.

“Aku suapkan sebab tangan kanan kau sakit. Aku taknak kau banyak bergerak.” Adam menyuakan sesudu nasi ke mulut Arina.

Hampir separuh pinggan nasi dimakan, perut Arina mulai memulas. Adam juga yang mengangkat.

“Saya boleh jalan sendiri. Awak jangan susahkan diri macam ni…” Arina menolak tangan Adam yang cuba mengangkatnya.

“Kan aku dah kata apa-apa aku yang buat. Aku taknak kau bergerak.” Adam mencempung Arina walaupun dia tahu Arina tidak selesa.

Adam mendudukkan Arina dimangkuk tandas.

“Dah siap nanti kau panggil aku…” Adam keluar dan menutup rapat pintu bilik air.

Setelah beberapa minit, Arina keluar dari bilik air. Arina terdengar perbualan Adam dengan seseorang.

“Esok saya tak masuk pejabat. Postpone all the appointments and carry out untill the day after tomorrow.”

Arina serba salah. Adam tidak ke pejabat hanya kerana dia. Melihat Arina yang terhinjut-hinjut keluar dari bilik air, Adam segera mendapatkan Arina dan mencempungnya ke katil.

Begitulah hari Arina selama beberapa hari sehinggalah lukanya sembuh.

Tiada cinta di hati, tetapi tetap menjalankan tanggungjawab sebagai suami…

Bertuahnya isteri..

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s