~berkampung~

Panggilan telefon dari pejabat tidak putus-putus berdering. Mana tidaknya, sudah seminggu Adam tidak masuk ke pejabat. Adam masih berada di kampung Arina.

Seronok sebenarnya berada di kampung yang jauh dari kesibukan kota.

Dapat mendengar desiran ombak di waktu subuh sangat mendamaikan.

Dapat melihat burung terbang pulang ke sarang di waktu senja sangat mengashikkan.

Dapat menyaksikan nelayan bekerjasama mencari rezeki di setiap waktu sangat mengagumkan.

Dan dapat berada di sisi Arina adalah sesuatu yang baru dalam hidup Adam dan Adam ingin terus sentiasa hidup dengan kehadiran Arina.

Adam tenang bersama Arina walaupun tiada sedikitpun rasa cinta.

Ketiadaan Arina mengajarnya erti kesunyian…

Melihat telefon yang sentiasa berdering, Arina mulai risau. Lalu dia mengajak Adam untuk pulang.

“Awak, saya dengar setiap hari orang kat pejabat menghubungi awak. Saya rasa mereka betul-betul perlukan awak. Apa kata kita balik Kuala Lumpur esok?”

Arina menuangkan air kopi di cawan yang telah tersedia di hadapan suaminya itu.

“Kau nak aku balik sendiri? Habis kau tak mahu balik? Lama lagi ke kau nak berkampung kat sini?” Adam bersikap dingin seperti biasa.

“Kan saya cakap tadi… ‘kita’. Maksudnya saya pun balik sekali dengan awak la….” Arina senyum memandang Adam.

“Ok, esok kita balik. ‘Flight mungkin pukul 10.00 pagi.”

“Flight?” Arina mengerutkan dahi.

“Penerbangan. Kita naik kapal terbang macam hari tu. Itu pun tak tahu.”

Arina senyum lagi.

 

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s