~Jika dapat aku Lakukan~

Ini cuma sekadar pendapat dan isi hati aku. aku tahu, jika kita ingin mencari pasangan, carilah yang betul betul baik atau pun cukup 4 ciri iaitu mempunyai rupa, agama, kesihatan dan keturunan yang baik.

Jika aku mengambil satu contoh seorang lelaki yang baik, atau pun seorang ustaz. ustaz biasanya akan mencari seorang isteri yang baik seperti ustazah untuk dijadikan permaisuri dalam hidupnya, terutama membimbing anak anaknya.

Persoalan aku adalah:: Jika ustaz mencari ustazah untuk dikahwini, siapa yang akan menikahi dan memperbetulkan wanita wanita yang lebih memerlukan perlindungan?

Tidakkah lelaki yang baik atau ustaz perlu mencari seorang perempuan yang kurang sempurna terutama dari segi akhlaknya dan memperbaiki perempuan itu supaya menjadi lebih baik dan sempurna sebagai wanita islam???

Jika aku dilahirkan sebagai lelaki, maka aku adalah lelaki yang akan berjihad di jalan Allah dengan cara yang sebegini. InshaAllah.

Bukan sahaja berjihad kerana Allah, tetapi juga dapat membantu seorang yang memerlukan aku untuk terus berjalan di jalan Allah…. InshaAllah.

Jika aku mempunyai kuasa untuk menegaskan sesuatu, akan aku laungkan kepada semua lelaki lelaki yang baik di luar sana supaya carilah perempuan yang kurang sempurna yang boleh engkau perbetulkan dan membawanya ke jalan Allah yang lurus lagi benar.

Aku tidak melihat orang lain atau yang jauh dari pandangan tetapi aku melihat kepada sahabat handai dan saudara mara aku yang terdekat sahaja. Kebanyakan mereka bertemu jodoh dengan pasangan yang sama seperti mereka.

Dan jika apa yang aku fikirkan ini benar benar berlaku, aku berterima kasih kepada Allah kerana Dia masih mencipta hamba yang sudi berjihad di jalannya dengan cara sebegini…

InshaAllah…

 

 

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s