~Bertolak~

Adam tidak mahu membuang lebih banyak masa lagi. Sudah dua minggu Arina pulang ke kampung. Dia juga tidak tahu bagaimana mahu menghubungi Arina lagi.

Arina yang sedang menyapu daun kering dihalaman rumahnya terkejut apabila melihat Adam baru sahaja menapak ke arahnya dengan sebuah bagasi besar. Adam mendekatinya dan Arina pula berjalan dengan pantas. Lantas tangan Adam diciumnya.

“Kenapa awak tak bagitahu nak datang sini?”

“Kau nak aku bagitahu bagaimana? Cara bagaimana kau rasa yang aku boleh hubungi kau?”

Arina menggaru kepala. Betul juga tu.

“Awak ada hal kat sini ker?” Arina bertanya.

“Tak. Aku datang nak ambil kau balik. Atau kau lupa yang kau ada suami?” Adam memandang sekeliling halaman rumah. Bersih dan nyaman. Sebab itu Arina senang di kampung.

“Mana abang Ahmad?”

“Abang ke laut. Petang nanti baru balik.”

“Kakak?”

“Kakak pergi kampung sebelah jual ikan…” Arina menjawab semua soalan yang ditanya. Kemudian kelihatan anak-anak buah Arina berlari ke arahnya. Lalu Arina menyuruh mereka masuk untuk mandi dan makan tengahari.

“Awak kelihatan macam tak sihat. Macam penat… Masuklah dulu, kita makan sama-sama. Kami pun baru nak makan tengahari ni.” Arina cuba mengangkat bagasi suaminya namun dihalang oleh Adam.

‘Sebab aku tak boleh tidur ashik teringatkan kau…’

“Takpa, aku angkat sendiri. Kau pun bukannya kuat nak angkat ni.” Adam berjalan menuju ke arah rumah nelayan yang kecil tetapi bersih halamannya. Arina senyum…

‘Dia rindukan aku agaknya….’ Arina mengomel. Lalu membuntuti Adam.

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s