~Masih bersisa~

Sepanjang tempoh selepas kejadian di Pulau Tioman, Adam masih belum menegur Ariana. Arina sendiri tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan bagi menarik minat Adam supaya bercakap dengannya.

Jika sebelum ini, Adam selalu akan mengajaknya makan malam bersama setelah seharian penat di pejabat. Adam pasti akan meluahkan apa yang berlaku di pejabat hari itu. Samada suka atau tidak, Arina menjadi pendengar yang setia.

Jika sebelum ini, Adam selalu akan bertanya pendapatnya baju warna apa yang mesti dia pakai supaya padan dengan tali leher. Tetapi kini tiada lagi. Arina mulai sunyi. Dan kenangan bersama keluarganya semasa di kampung mula berlegar di kotak ingatannya. Rindunya mula datang.

Kini, sudah 6 bulan dia menjadi isteri Adam. Dirinya bagaikan boneka kaca di dalam bekas kayu. Tidak nampak di dalam tetapi retak sendiri kerana sepi.

Lalu Arina memberanikan diri bertanya Adam untuk pulang ke Kampung Nelayan Bayu yang telah lama menjadi tempatnya membesar.

“Awak… Saya dah lama tak balik kampung. Saya rindukan abang dan anak-anak buah saya di sana…”

Arina mendekati dan duduk sebelah Adam yang sedang menonton televisyen pada ketika itu.

“Berapa lama kau nak balik?” Adam bertanya sedangkan Arina belum pun memberitahu bahawa dia ingin pulang. Arina diam tanpa kata.

“Esok aku belikan tiket penerbangan. Aku tak boleh temankan kau sebab banyak hal lagi aku kena selesaikan di sini. Malam esok kau bertolak, sampai sana kau balik rumah naik teksi. Nanti aku uruskan…” Adam masih lagi serius tampa menoleh kepada Arina yang sayu memandangnya.

“Terima kasih….” Lalu Arina menuju melangkah naik ke bilik. Sedih untuk meninggalkan suaminya yang kelihatan runsing. Tetapi Adam lebih suka berdiam diri tanpa menyuarakan apa-apa. Arina tahu ada sesuatu yang cuba Adam sembunyikan.

‘Mengenai Fariskah?’ Arina bertanya dirinya sendiri.

Namun pertanyaannya berkubur. Wajah abang dan anak-anak buahnya yang sedang bergurau senda di bayangkan.

Sungguh indah suasana dulu…

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s