~Rindu Melanda~

Tak ku sangka dirimu hadir di hidupku
menyapaku dengan sentuhan  kasihmu

Ku sesali cerita yang kini terjadi
mengapa disaat ku telah  berdua

Maafkan bila cintaku
tak mungkin ku persembahkan seutuhnya
Maaf bila kau terluka
karena ku jatuh di dua hati

Maafkan  bila cintaku
tak mungkin ku persembahkan seutuhnya padamu
Maaf bila kau  terluka
karena ku jatuh
Karena ku jatuh di dua hati

Sejak ketiadaan Arina, Adam mulai sunyi.. Dia mula teringat saat Arina menunggunya di pintu pagar rumah setiap kali dia pulang dari pejabat. Dia betul-betul rindukan saat itu.

Sesungguhnya kehadiran Arina benar-benar telah merubah hidup sehariannya. Sejak mengahwini Arina, Adam tidak lagi keluar pada waktu malam dan tidak lagi mengunjungi kelab-kelab malam. Jauh sekali meneguk minuman ‘haram’ itu setiap kali tertekan. Kini dunianya ada Arina. Betul kata papanya dahulu. Arina akan merubah dirinya.

‘Siapa Arina?’

Arina yang menjadi teman dia berbicara di kala malam. Arina yang sentiasa mengejutkannya bangun solat subuh walaupun dia tidak pernah mahu melakukannya. Arina yang akan membancuhkan air panas untuknya di kala dia sedang menghabiskan masa menyiapkan projek di rumah. Arina segala-galanya tetapi kini Arina sudah tiada.

Arina sudah seminggu pulang ke kampungnya dan sejak itu, hanya sekali Arina menghubunginya. Itupun dia tidak sempat melayan kerana waktu itu siang. Dia sibuk menghabiskan masa di pejabat dengan kerja yang berlambak. Sedangkan dia sendiri tahu amat sukar untuk Arina menghubunginya pada waktu malam kerana telefon awam jauh dari rumah mereka di kampung.

Adam benar-benar di landa rindu…..

‘Apa patut aku buat? Bila dia akan pulang? Tidak ingatkah dia bahawa dia kini sudah mempunyai suami?’

Adam termenung memandang permandangan malam di balkoni biliknya.

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s