~Senyumanmu~

Selepas bersarapan, Adam
membawa Arina berjalan menyusuri pantai di resort yang mana ianya adalah
resort yang paling cantik di Tioman.

“Kalau kau nak tahu, inilah
pertama kali aku datang kerja luar berteman. Selama ni aku hidup sendiri
dan aku lebih suka hidup sendiri sehinggalah aku dipaksa kahwin dengan
kau…”

Arina cuma senyum. Lalu Adam menyambung lagi.

“Dah hampir 2 bulan kau jadi
isteri aku. Kau macam tak ada perasaan apa-apa. Sekarang aku nak tanya
kau, sanggup ke kau hidup macam ni dengan aku seumur hidup kau? Atau
mungkin ada kebarangkalian aku akan meninggalkan kau bila papa dan mama
dah takda nanti… Mungkin…”

“Semua orang ada perasaan,
begitu juga saya… Saya percaya kepada takdir dan ketentuan Allah. Apa
yang berlaku ada hikmahnya dan saya rasa tenang sebab saya tidak
menghampakan perasaan mama dan papa awak. Dan paling utama, saya tak
menghampakan abang saya…”

“Apa maksud kau tak menghampakan abang kau? Dia memang nak kau kahwin dengan aku ke?”

“Tak…bukan macam tu. Kalau
awak nak tahu, abang Ahmad juga serba salah dengan papa awak. Sebab
terhutang budi, abang saya tak tahu macamana nak tolak permintaan papa
awak. Lagi pula, kami ni bukan orang berada dan tak tahu pula bergaul.
Bila papa awak cakap tentang kita dan masa depan kita, abang saya cuba
faham dan cuba terima…”

“Apa maksud kau? Aku tak faham…”

“Papa awak pernah bagitahu
abang saya bahawa perkahwinan kita boleh mengubah pendirian awak. Dia
kata lagi saya boleh merubah awak…”

“Merubah aku? Kenapa? Aku ni teruk sangat ke?”

Adam mengerutkan muka.

“Tak..bukan macam tu. Pada saya semua orang ada kebaikan dan kelemahan. Saya terima dengan redha…..”

Adam diam. Dia terpukul
dengan kata-kata Arina. Bijak berkata-kata walaupun dia cumalah seorang
gadis kampung yang tidak tahu apa-apa.

‘Kau bijak… Sebab tu papa sukakan kau. Tapi yang sukakan kau adalah mama dan papa. BUkan aku…..’ Adam bermonolog lagi.

“Petang ni aku ada mesyuarat
lagi. Kalau kau nak keluar jalan-jalan cari barang kau keluarlah. Nanti
aku bagi kad kredit dan aku nak kau guna dan simpan untuk kegunaan kau
bila-bila nanti.”

Arina senyum lagi.

‘Aku harap, senyuman yang kau ukir ni hanya untuk aku. Dan aku hanya mahukan senyuman kau sebagai pengubat rindu aku pada dia…’

Kenangan lama terimbau.

Adam mempunyai kenangan pahit yang masih belum Arina tahu…

‘Dan biarlah ianya menjadi beban aku sendiri….’

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s