~Sejauh Mana Kesetiaanku?~

percintaan yang indah…. membawa kepada jinjang pelamin.

bahagianya aku.

setahun di dalam bahtera suami isteri, kami di kurniakan anak yang comel…

kami jaga dan tatang anak perempuan kami dengan sepenuh kasih dan sayang.

—————————-

masuk tahun kedua, anak kami besar dan semakin bijak.

tahun ketiga semakin bijak sehingga anak kami sudah boleh bercakap.

kami gembira dan sangat bahagia

————————————————–

tahun ke empat, suami aku mula berubah.

dia marah setiap kali aku bertanya ke mana dia pergi setiap waktu malam.

aku bertegas lalu melihat apa yang ada dalam telefon bimbitnya.

‘kantoi’

dia menjalin hubungan dengan kekasih lamanya.

aku dengan perasaan yang tidak dapat dibayangkan apakah ia,

pergi dan menemui kekasih lamanya itu.

perempuan itu mengaku sejujurnya dan dia sanggup berkongsi kasih.

ah, aku redha.

salam dihulurkan, aku melangkah balik ke rumah.

—————————

aku bersemuka dengan suami saat anak kami tidur.

aku memaksanya membuat pilihan.

dia memilih aku.

tp sayang, dia masih bersama kekasihnya itu.

apa yang lebih menyakitkan, mereka ‘kantoi’ lagi di depan mata aku.

—————————————————————————-

aku membawa anak ku pulang ke kampung.

berbincang dengan mak dan ayah ku, bertanya kakak kakak ku apa yang harus ku lakukan.

kata kata mereka menguatkan aku;

ENGKAU MEMPUNYAI RUPA,

KERJAYA YANG BAGUS,

ANAK YANG SIHAT,

MAK AYAH YANG SELALU BERSAMA ENGKAU,

ADA ADIK BERADIK YANG SENTIASA MENYOKONG,

TETAPI ALLAH MENGAMBIL CINTA ENGKAU KEPADA SEORANG LELAKI.

ANDAI KATA DIBERI PELUANG, DIA TETAP AKAN MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA.

ENGKAU DI DALAM PERAHU, DAN PENDAYUNG DITANGAN ENGKAU.

HANYA ENGKAU YANG TAHU KE MANA ENGKAU AKAN BAWA PERAHU ITU.

——————————-

akhirnya tiang ‘arash’ bergegar saat aku memohon lafaz cerai.

aku sanggup turun naik mahkamah asalkan aku dibebaskan.

aku tidak mahu menanggung dosa selagi aku bergelar isterinya.

akhirnya aku diceraikan dengan talak satu.

dan aku jalani hidup dalam kesakitan yang teramat sangat.

anakku adalah penawar segala sakit yang aku tanggung.

Allah mengambil lelaki yang aku cinta sepenuh jiwa dan ragaku.

————————————————————————————————————–

hujan tiba tiba datang saat matahari terik memancar bumi.

kekasih lama bekas suami ku telah berkahwin dengan lelaki yang bukan bekas suamiku.

bekas suami ku menangis saat menemuiku dan menyesal kerana terlalu ikutkan hati sewaktu kami dalam bahagia.

dia ingin kembali kepadaku.

namun aku bukan lah selemah wanita lain yang mudah memaafkan.

kata kata mak, ayah, adik beradik mula aku ingat kembali.

———————-

sebelum melangkah meninggalkannya;;

dengan titisan air mata yang tidak pernah kering;

dengan padat rasa cinta padanya yang tidak pernah hilang walaupun hati telah dilukai;

aku ucapkan padanya;

—————————————————–

“Abang, ibaratkan sebiji gelas kaca yang jatuh dan pecah di lantai.

Dapatkah ia di cantumkan kembali?”

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s