~Sakitnya aku sebagai Perempuan~

aku mengandung…

ya Allah. anak siapakah yang aku kandungkan ini?

izah berteleku di lantai kamar bilik tidurnya.

arman kah? atau hafiz kah?

anak siapa?

tidak…

yang lebih penting apa yang harus aku buat sekarang?

*******************

panggilan aku tidak dijawab hafiz.

puas aku menghubunginya tp dia mungkin sudah menukar nombor telefonnya.

sejak kami berpisah sebulan yang lepas, aku gagal menghubunginya lagi.

aku bersama arman ketika aku tidak bersama hafiz.

aku mahu anak itu adalah anak hafiz. kerana dia yang aku sayang. bukan arman.

tetapi arman yang menjadi sasaran.

arman sentiasa mahukan aku.

kerana cintakan aku, arman sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuang anak yang aku sendiri tidak tahu siapa ayahnya

arman pula bodoh dan percaya bila aku mengatakan itu adalah anaknya…

sanggup bergolok gadai dan meminjam disana sini demi membuang janin dalam perutku.

***************************

aku ingin kembali mencintai arman sepertimana aku mencintai hafiz namun aku tidak berdaya.

aku sayangkan hafiz!

arman, engkau hanyalah pengganti saat aku memerlukan seorang.

sehingga ketika hafiz mencariku semula, aku mengabaikan mu sekali lagi.

engkau terluka dengan perbuatanku.

engkau nampak sendiri aku main cinta bersama hafiz.

lalu ketika itu, aku tahu engkau sakit.

maafkan aku arman…

aku sayang dia, lebih daripada aku memerlukan mu.

—————————————————–

arman….

hafiz menipuku lagi.

aku sanggup menghabiskan duit pinjaman aku belajar semata mata kerana dia.

tapi dia tega bersama perempuan lain.

dia melakukan aku sama seperti aku melakukan kepada engkau suatu masa dulu.

aku kecewa…

tetapi kecewa lagi aku…hancur lagi hati aku saat bila aku ingin kembali kepadamu,

kau sudahpun berpunya.

siapa perempuan itu?

bertuahnya dia kerana berjaya memiliki cinta mu…

sudikah engkau menerimaku lagi?

***********************************

aku tahu engkau sudah berpunya.

aku tahu aku adalah orang ketiga dalam hubungan engkau dan dia.

tetapi aku sunyi.

aku ingin memilikimu semula.

tetapi tidak mampu…

walaupun setiap hari aku menjadi santapan lelaki mu,

hatimu bukan untukku lagi.

engkau lebih menyayangi dia…

arman,

aku terluka..

sebagai perempuan yang menjadi simpanan mu, aku tersiksa…

************************

sehingga kini aku hidup dihantui masa silam ku…

walaupun engkau dalam pelukan,

aku tidak mampu menyentuh hatimu.

sehingga pada suatu masa, hubungan kita dibau oleh kekasih barumu…

segalanya berubah…

engkau murung dan sering termenung saat bersamaku.

engkau lebih memerlukan dia dalam hidupmu.

arman……

apa harus ku lakukan?

lalu aku berjanji kepada diriku takkan menemui mu lagi.

tetapi engkau memberiku harapan!

engkau masih menemuiku.

masih cintakah engkau padaku?

atau apakah alasannya?

kalau benar aku adalah cintamu, mengapa tidak engkau lepaskan dia?

mengapa tidak kita bina semula kasih sayang seperti mana engkau pernah menyayangiku suatu masa dahulu.

*******************************

aku serahkan segalanya padamu.

sebagai perempuan, aku ingin mencari kebenaran.

aku bertanya sendiri kepada kekasihmu.

ternyata ramalan ku tepat.

engkau bersama ku hanya kerana engkau dapat apa yang seorang lelaki mahukan.

tetapi tidak bila engkau bersamanya.

aku makin tersiksa arman…

hidupku dalam duka setiap ketika…

aku ingin lari dari semua itu…

****************************

sekarang aku tahu engkau masih bersamanya tetapi engkau juga masih tidak putus asa untuk bertemuku…

aku kena kuat.

bukan sahaja untuk diri aku, tetapi juga untuk kekasihmu itu.

aku perempuan..

aku memahami hatinya, arman…

****************

kini aku meniti hari dengan harapan agar cintamu akan kembali seperti dulu.

tetapi mustahilkah?

bagaimana dengan dia?

drama apakah yang Tuhan cuba mainkan untuk kita???

arman,

aku masih menunggumu………..

biarpun ku tahu cinta dan hati mu bukan untukku lagi….

*************

kini…..

hari hariku terisi dengan kenangan hitam kita….

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s