~Malam Pertama~

“Masuklah…” Adam pelawa Arina yang tercegat sahaja di pintu kamarnya.

“Tak perlu lah kau nak malu.

Sekarang bilik aku dah jadi bilik kau.” Adam menjeling Arina yang daripada tadi

merenungnya.

‘Kenapa dengan dia? Beginikah

layanan seorang suami terhadap isteri yang baru dikahwininya? Kenapa abangnya

mesra bila bersama kakak iparnya? Mengapa dia tidak merasakan semua itu bila

bersama suaminya?’ Arina sedih. Airmata mula mengalir.

“Kenapa kau menangis ni? Aku ada

buat apa-apa yang menyakitkan hati kau ke?” Adam bertanya tidak puas hati. Lalu

dia cuba mendekati Arina dan mengambil tempat disebelah Arina.

“Aku tahu apa yang kau rasa

sekarang… Aku tak mampu jadi suami yang baik untuk kau. Aku nak berterus terang

dengan kau tentang satu perkara.” Adam meraut wajahnya yang sedikit kusut.

“Sebenarnya bukan kehendak aku

untuk kahwin dengan kau. Semua ni rancangan dan permintaan daripada mama dan

papa. Sama seperti kau, aku juga tak mampu menolak permintaan mereka. Kau pun

faham kan? Jadi lepas ni kalau aku tak layan kau, aku harap kau faham…” Adam

bangun dan menuju ke bilik air.

“Aku nak mandi. Kau bersiaplah,

kita turun makan. Mak Jah dah lama tunggu kita…” Adam sambung lagi.

Mak Jah dan suaminya Pak Lah yang

sudah lama berkhidmat dengan Dato’ Said sekeluarga. Sejak daripada Adam masih

belum lahir.

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s