~Malam Keraian~

Arina mundar mandir di kamarnya.

“Aku belum bersiap. Tidak tahu

baju apa yang mesti aku pakai. Pakaian yang Adam belikan lansung menampakkan

susuk badan. Terlalu nipis…”

Mak Jah kemudian mendatanginya.

“Kenapa Arina tak bersiap lagi

ni? Pak Lah dah tunggu kat bawah ni…”

“Saya tak tahu nk pakai baju apa,
Mak Jah.. Baju ni terlalu jarang…” Arina menunjukkan baju itu kepada Mak Jah.

“Betul juga ni. Kalau macam tu

Arina pakai jelah baju sendiri. Pilih je mana mana. Nanti lambat, marah pula

Adam kat sana…”

Arina lalu melangkah ke almari

bajunya dan mengambil sepasang baju kurung hadiah daripada mentuanya sempena

menjadi isteri Adam.

kehadiran Arina amat dinantikan
malam itu. Semua pekerja syarikat ingin mengenali siapa perempuan yang bertuah

yang berjaya menambat hati Adam…

seraya Arina masuk ke dewan,

semua mata memandangnya. semua yang hadir mulai tersenyum.

kagum dengan keayuan Arina

berbaju kurung dan berselendang sutera.

Kelihatan biasa tetapi menarik

dan lembut. Pak Lah memimpin Arina menuju ke arah Adam.

Kedengaran ada suara yang memuji

Adam dan Adam mula bangga.

‘Tidak salah mama memilih dia.

Dia berjaya membuka hati Adam…’

“Kenapa tak pakai baju yang aku

belikan?” Adam bertanya.

“Jarang sangat. Saya…tak biasa…”

Arina menjawab sambil matanya merenung ke lantai.

Arina terkejut tiba-tiba saat

Adam memeluk bahunya dan membawanya ke satu meja.

“Perkenalkan, ini isteri saya.

Arina, ini semua ahli lembaga pengarah syarikat kita.”

Arina kaku. Tersenyum.

‘Syarikat kita?’ Arina

terpinga-pinga sebentar.

Adam kemudian mengeratkan lagi

pautan tangannya dibahu Arina.

Saat itu, ada satu mata yang

memandang. Faris.

Salah seorang pemegang saham

terbesar Syarikat Said Holding.

Kerlingannya pada Arina

membuatkan Arina tidak senang. Senyumannya juga menakutkan. Sinis.

Lalu lengan Adam dipaut erat.

Adam sedar kelakuan Arina dan

pandangan buaya Faris.

Siapa tak kenal Faris? Perempuan

muda adalah makanan malamnya.

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s