~Kebimbangan Adam~

Sudah pukul 11.30 malam baru
mesyuarat tamat. Adam tahu sudah agak lewat untuknya keluar makan
bersama Arina. Lantas Adam menuju ke Coffee House Resort dan memesan
beberapa menu untuk mereka.

Adam berjalan perlahan
menuju ke bilik. Keadaan sunyi menuju ke bilik mereka membuatkan Adam
teringat akan kata-kata Faris sebentar tadi. Adam khuatir Arina akan
dipengapakan oleh Faris. Dan Adam takkan biarkan Faris pengapakan
isterinya.

‘Walaupun aku masih belum boleh terima dia, tetapi dia tetap isteri aku. Dia terlalu suci untuk dipalit apa-apa dosa…’

Dia masih ingat pertama kali
dia melihat Arina semasa hari akad nikah mereka. Wajah mulus dan bersih
Arina meredakan jiwanya yang sedang menolak keputusan papa dan mama
supaya dia berumah tangga. Senyuman Arina mengurangkan tekanannya yang
dikelilingi oleh ramai saudara terdekat yang selama ini cuba dijauhinya.
. Dan saat Arina mengucup tangannya, dia dapat merasakan kelembutan
Arina yang bakal menjadi teman di saat dia memerlukan teman meluahkan
perasaan.

‘Namun cinta aku bukan untuk dia….’ Adam mengeluh.

Setibanya di bilik, Adam
membuka pintu dengan perlahan. Kedengaran suara yang datang daripada
televisyen yang masih terpasang. Tetapi tiada siapa yang menjadi
penonton.

Adam memandang ke arah katil.

‘Tidur rupanya.. Patutlah senyap jer…’

Adam bergerak menapak ke arah Arina.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar dan menyebabkan Arina tersedar dari tidur.

Adam menuju ke pintu dan mengambil menu yang dipesan olehnya sebentar tadi.

“Ini aku ada pesan makanan sikit. Bangunlah kita makan dulu. Aku tahu kau lapar. Aku pun belum makan lagi.”

Semasa makan, Adam meluahkan kebimbangannya.

“Tadi Faris ugut lagi lepas
keluar bilik mesyuarat. Dia kata dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk
merosakkan ‘benda’ kesayangan aku… Aku tahu dia maksudkan kau..”

“Saya? Tapi saya bukan
‘benda’ kesayangan awak. Jadi awak janganlah risau. Saya akan jaga diri.
Lagi pun saya tahu Allah sentiasa bersama saya…” Perlahan Arina cuba
menenangkan Adam walaupun dia sendiri sebenarnya bimbang.

“Baguslah tu…” Kebimbangan Adam sedikit reda.

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s