~Janjiku Kerana Dia~

Pahit maung kehidupan, kami kongsi bersama…

Indahnya hidup ini tatkala aku mengucup dahi isteriku…

Sayu saat memandang aku lantas airmatanya berguguran jatuh ke pipi…

“Terima kasih, abang.. Kerana sudi memperisterikan insan yang serba
kekurangan seperti saya..” isteriku berkata sambil menyapu airmatanya.

“Sayang, kamu adalah isteri abang dunia dan akhirat…”

Semua yang mendengar di majlis akad nikah kami juga turut sama mengalirkan airmata.

Setahun sudah usia perkahwinan kami… Dan bahagia itu masih milik kami.

Sehingga menjangkau 3 tahun usia perkahwinan kami, isteriku mula menunjukkan kelakuan yang aneh..

Isteriku sering pulang lewat dari tempat kerja dan sering mencari topik untuk berbahas denganku.

Dan kelakuannya semakin hari semakin teruk.

Dia mulai pandai mengherdik dan memaki aku jika sesuatu yang berlaku di luar kepuasan hatinya.

‘Dimana nilai aku sebagai seorang suami jika hampir setiap hari aku dimaki hamun? Dayuskah aku?’

Jika aku bertanya mengapa dia bersikap begitu, dia mulai cuba membongkarkan sesuatu yang aku tidak mampu aku terima.

Mana-mana lelaki juga tidak mampu menerimanya..

Dia menyalahkan aku kerana aku tidak mampu memberikan anak untuknya.
Walhal aku tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberinya zuriat.
mengapa itu yang menjadi senjata untuk menghukum ku…

Dia juga pernah memberitahu bahawa dia telah mempunyai teman lelaki yang dia rasa mampu memberikan seorang anak untuknya…

‘Tetapi tahukah dia, anak adalah anugerah Allah yang sangat jernih
ciptaannya dan ianya akan hadir hanya dengan izin Allah…bukan dengan
kehendak manusia itu sendiri’

Namun isteriku tidak mengerti…

Dengan nama Allah juga, aku melepaskan isteriku dan tiada lagi ikatan sah yang akan membawa kami ke Syurga…

Hanya Allah yang tahu betapa aku kehilangan seorang wanita yang sangat aku cintai…

Lalu semenjak itu, aku mula didekati oleh seorang pekerja wanita yang baru bekerja di pejabat aku.

Gayanya tidak selembut dan secantik isteriku… Tetapi aku senang berkawan dan bergaul dengannya.

Aku masih memujuk bekas isteriku untuk kembali kepadaku dan aku
sanggup memaafkan segala kesalahannya namun isteriku tidak sesekali akan
berpaling kepadaku.

Kecewanya aku…

Dia menghilangkan diri dan tidak mampu aku hubungi lagi. Bebannya hidup ku rasakan bagaikan memikul segunung lautan…

6 bulan perceraian kami, aku menerima beberapa keping gambar perkahwinan bekas isteriku dengan lelaki lain.

Dia kelihatan sangat cantik memandangkan susuk tubuhnya yang semakin lansing. Senyumannya masih manis seperti dulu.

Tetapi aku sedar dia bukan lagi milik aku.

Betapa dunia ini ku rasakan musnah… Aku hampir gila kerana merinduinya… Allah sahaja yang mengerti.

Semenjak itu, aku banyak menghabiskan masa bersama dengan pekerja baru di pejabat aku.

Aku mencurahkan segala apa yang aku rasa kepadanya…

Dan dia juga turut sama menangisi nasib aku.

Dia pernah bertanya kepadaku, masihkah ada ruang dihatiku untuk insan lain selain bekas isteriku?

Aku memandang lalu berkata;

“Dia adalah satu-satunya isteri saya dunia dan akhirat…”

Dengan tangisan yang teresak-esak, dia meninggalkan aku. Aku jadi bingung.

Kenapa dia yang menangis?

Beberapa hari kemudian, aku menerima sepucuk surat perletakan jawatan
dari dia juga sepucuk surat peribadi yang di tulis khas untuk aku.

“Encik Fuad, dengan nama Allah saya memulai warkah ini.

Seribu kemaafan saya hulurkan…

Sebenarnya, saya dibayar untuk memikat dan mengahwini encik… Bekas isteri encik, Puan Arina yang membayar saya…

Selepas saya melahirkan anak, dia mahukan saya memberikan anak itu kepadanya.

Kata Puan Arina, selagi encik
masih bersamanya encik tidak mungkin mengahwini perempuan lain sedangkan
dia mahukan seorang anak yang lahir dari zuriat encik Fuad…

Puan Arina tidak mampu memberikan zuriat dalam perkahwinannya walau dengan mana-mana lelaki sekalipun.

Dan gambar perkahwinan yang dihantar kepada encik Fuad tempoh hari juga adalah rekaan semata-mata…

Puan Arina betul-betul sayangkan encik Fuad sehingga dia sanggup melakukan pengorbanan sebegini.

Dia mahukan encik Fuad bahagia bersama wanita lain dan mempunyai anak memandangkan encik Fuad mampu.

Sedangkan dia tidak mampu dan
cukuplah baginya seorang anak  hasil darah daging encik Fuad, seorang
lelaki yang sangat dikasihinya…

Encik Fuad…

Tiada cinta manusia lain yang besar nilainya selain cinta Puan Arina kepada encik Fuad…

Salam…”

Di dalam surat itu juga disertakan sekali seutas kunci dan alamat sebuah rumah..

Lalu aku bergegas menuju ke alamat yang diberikan…

Aku membuka perlahan pintu rumah apartment yang agak sunyi itu.

Tiba-tiba aku mendengar suara bekas isteriku memanggil…

“Sofia ke tu? Datanglah ke dapur. Akak tengah masak ni…”

Lantas aku menuju ke dapur dan memeluknya erat…

“Sayang, awaklah isteri abang
dunia dan akhirat. Janji ini bukan abang tuturkan hanya sekadar ucapan.
Tetapi ini janji abang kepada Allah….”

Dengan linangan airmata, dia juga membalas pelukanku…

………TAMAT…………….

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s