~Berangkat…~

“Aku harap, lepas ni mama takkan sebut lagi pasal bulan madu kita
sebab aku dah bawa kau datang sini.” Adam bersuara setelah senyap
seketika.

Beberapa pekerja resort mengangkat beg-beg mereka menuju ke bilik yang telah disediakan.

Faris yang turut sama berada diantara mereka mencelah.

“Malam ni kita mesyuarat. Jangan pula kau bawa isteri kau sekali…” Faris dengan sinis berpesan.

Kemudian Adam menjawab. “Aku tahu tugas aku. Kau jaga diri kau
sendiri dan pilih perempuan mana yang akan jadi teman kau malam ini…”
Adam memimpin tangan Arina dan berlalu pergi.

Perasaan Faris berkecamuk.

“Aku takkan selama-lamanya kalah pada kau, Adam Dato; Said!” Lalu Faris juga berlalu pergi.

*************************************

Di dalam bilik, Arina sibuk mengemas baju-bajunya.

“Faris tu pemegang syer terbesar dalam syarikat Said Holding. Dia
memang dah lama nak jatuhkan aku tambahan lagi bila semua pemegang syer
syarikat mencalonkan aku sebagai CEO. Dia menunggu peluang untuk
menjatuhkan aku. Dan aku nasihatkan kau agar menjauhkan diri dari dia.
Jangan keluar dari bilik ni tanpa aku. Dia mampu lakukan apa sahaja
termasuk membunuh…”

Apabila mendengar perkataan itu, Arina terus mengangkatkan mukanya dan bangun.

“Kenapa? Kau tak percaya? Dulu dia pernah mengupah orang untuk bunuh
anak Tan Sri Yaakub sebab mahukan syer syarikat. Tapi kes ni tak
diperbesarkan sebab tak mahu nama syarikat terjejas. Kalau tak, mana
mungkin dia boleh dapat syer paling banyak dalam syarikat…”

Adam mendekati Arina.

“Kau faham apa yang aku cakapkan?”

Arina menggeleng.

“Baguslah.. Aku dah agak. Dan aku lebih suka andainya kau tak tahu apa-apa…” Adam senyum lalu menyambung lagi.

“Malam ni aku ada mesyuarat mungkin habis dalam pukul 10.00 malam.
Lepas tu baru kita keluar makan malam. Kau duduk je dalam bilik jangan
sesekali keluar…”

Arina cuma mengangguk dan senyum.

Adam bermonolog.

‘Aku harap, kau akan senyum selalu macam ni walaupun aku tak boleh
jadi suami yang sempurna untuk kau… Hati aku masih belum terbuka untuk
kau…’

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s