~Angkara Faris~

Selesa sungguh berjalan seorang diri di tepi pantai yang permai.

‘Ini lebih baik dari aku
berjalan bersama Adam. Sesungguhnya menjadi satu kepayahan untuk aku
berjalan di sisi Adam biarpun di rumah kami sendiri.’

Matahari yang terik, memberikan cahaya kepada lautan dan ianya mula berkilauan. Sangat indah dipandang mata.

Dalam sirna matahari yang terik itu, Arina mengubah haluan. Berjalan ke arah kolam renang yang disediakan oleh resort.

Terdapat beberapa kedai menjual barangan saguhati di situ dan Arina masuk ke semua kedai yang ada.

Buah tangan untuk Mak Jah,
Pak Lah, anak-anak saudaranya di kampung dan yang paling penting, dia
tidak tahu hadiah apa yang patut dia beli untuk suaminya sendiri.

‘Ini semua duit Adam, aku mesti belikan sesuatu untuk dia.’

Lantas Arina terpandang jam loceng yang sangat comel.

‘Aku harap dia suka walaupun benda ni kecil sahaja…’

Kemudian Arina berjalan mengelilingi kolam renang. Pada waktu itu, hanya dia yang berada di situ.

Tetapi kelihatan seorang pekerja resort yang menjaga kolam renang bagi mengelakkan perkara tidak di ingini berlaku.

Pekerja itu kemudian datang
ke arah Arina. Pekerja lelaki itu datang dengan membawa segelas jus oren
dan memberikan kepada Arina secara percuma.

Lalu Arina mencari kerusi untuk dia berehat seketika sebelum dia masuk semula ke bilik.

Kelihatan Adam datang
berlari ke arahnya dengan muka yang menakutkan lantas mengambil gelas
yang baru di pegangnya lalu mencampakkannya jauh ke lantai.

“Jangan minum air ni!”

“Tapi…”

“Air ni mungkin beracun….
Aku nampak Faris arahkan pekerja tadi bagi air tu pada kau. Kan aku dah
suruh kau hati-hati. Bukannya dengan sesuka hati terima pemberian
orang…”

“Tapi saya tak tahu…..”

“Mesyuarat aku dah habis, jom kita balik.”

Adam menarik tangan Arina dan bergegas ke bilik.

Sedangkan Arina masih terpinga-pinga dengan perkara yang sekejap itu.

6.008001
102.375801
Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s