~Syurgakah Aku?~

Kelembutanmu

Tiada sehalus perasaan

Untuk dilukiskan pengertian

Pada suatu

Percintaan 

Manisnya cinta

Terselit duri yang menyakitkan

Namun ku teruskan penitian

Mendekati hatimu

Percintaan dalam sengsara

Tanpa pengertian

Namun ku iringkan

Keyakinan

Ketabahan tercalar luka

Dikau ku lepaskan

Setelah hati terkorban

Disusuk duri kelukaan

Kehilanganmu atas sebuah kerelaan

Walau keasingan dalam luka

Mengisi

Masaku

mendirikan rumah tangga dengan abang adalah satu keputusan yang amat berat untuk saya.

namun saya lakukan juga demi menjaga hati ibu dan ayah kita.

saya tidak mahu melukakan hati mereka.

saya tahu, abang juga terpaksa menerima saya sebagai isteri walaupun hati abang memberontak untuk bersama kekasih abang.

kita sama abang, saya juga terpaksa memutuskan ikatan cinta saya dengan seorang lelaki yang amat saya kasihi.

percintaan kami selama bertahun tahun lamanya berkubur saat saya menerima abang.

sakitnya kita hanya tuhan yang tahu.

maafkan saya, abang…

——————————————————–

saat kita diijabkabulkan,
saya berjanji untuk menjadi seorang isteri yang setia dan sanggup
berkorban jiwa dan harta untuk abang.

betul….saya kotakan apa yang saya katakan.

biarpun tiada rasa cinta, abang melayan saya seperti seorang suami.

abang…sampai bila harus saya menderita begini?

abang juga menderita saat abang melihat sendiri kekasih abang berteman dengan lelaki lain.

abang, kenapa tidak abang menjadikannya sebagai isteri?

saya redha jika itu yang abang mahukan…

saya redha biarpun hati bagai ditusuk duri kelukaan.

——————————————————————————-

abang, maafkan saya kerana kerapkali menyelongkar telefon bimbit abang sewaktu abang mandi atau solat.

daripada situ saya tahu abang tertekan dengan masalah kekasih abang.

dia mahukan kereta dan rumah sebagai ganti rugi kerana abang mengahwini saya, bukan dia.

demi itu, saya korbankan duit yang saya ada membantu abang menghilangkan tekanan itu.

saya sakit bila melihat abang sentiasa termenung dan menangis.

daripada situ saya tahu betapa abang menyayangi kekasih abang.

ya Allah…bertuahnya dia kerana telah berjaya memiliki cinta abang.

satu anugerah yang tidak semua insan memilikinya.

maafkan saya, abang…

menjadi penghalang cinta abang…

—————————-

abang,

semakin hari perasaan sayang saya kepada abang semakin bercambah.

dengan rupa paras abang yang
tampan, perwatakan abang yang menarik, mana mungkin wanita lemah
seperti saya mampu menolak perasaan itu.

saya suka melayan perasaan dengan mendengar lagu lagu cinta.

seolah saya dilamun cinta.

saya berjaya meluputkan cinta saya kepada bekas kekasih saya saat abang berkorban nyawa untuk saya.

abang sanggup menderma darah abang saat saya dalam koma akibat kemalangan.

biarpun mata saya tertutup, saya dapat merasai belas kasih daripada abang.

abang menjaga saya bagaikan puteri kecil.

abang memang baik.

andai saya dapat membuat masa, saya tidak mahu sedar dari koma.

apatah lagi abang telah membeli rumah baru untuk kita.

yang tidak bertangga.

abang bimbang saya akan jatuh dan koma lagi…

abang seolah bimbang kehilangan saya…

kenapa abang???

——————————————————————

saya bahagia abang…

tetapi abang tidak bahagia…

abang belum dapat melupakan kekasih abang.

sakitnya saya melihat abang merana…

abang bertambah merana kerana abang tahu kekasih abang sudah mahu berkahwin tetapi bukan dengan abang.

abang sentiasa berteleku disejadah dan menangis.

saya sakit, abang….

sakit sangat.

———————————————————————————-

abang…hari berganti hari, tanpa sedar saya disahkan mengandung.

kita akan dapat anak anugerah dari Dia, abang…

saya tahu abang juga gembira tetapi tidak sepenuh hati.

saya mulai jadi tertekan.

saya tertanya dimana kurangnya saya berbanding kekasih abang?

semua orang kata saya cantik, saya bertuah.

tetapi mengapa saya tidak menang dalam pertaruhan ini?

setiap hari saya hidup dalam kelukaan..

hati saya terluka biarpun abang melayan saya dengan begitu baik…

———————————————

abang, saya mahukan cinta abang.

bukan jasad abang…

hanya itu yang saya mahukan.

berilah cinta abang itu untuk saya….

saya dambakan cinta abang sebagai suami saya…

—————————————————————————-

malam itu saya tahu abang memandu dengan laju untuk pulang saat saya menghubungi abang mengatakan air ketuban saya pecah.

abang masuk ke dalam rumah tergopoh gapah.

berlari lari dengan peluh yang membasahi baju..

mendukung saya masuk ke dalam kereta.

wajah cemas abang tak dapat saya bayangkan.

abang menggenggam erat tangan saya saat saya meraung kesakitan.

setibanya di wad bersalin, abang tidak henti-henti mencium seluruh wajah saya.

apakah maksud reaksi abang ketika itu?

saya risau abang, saya risau kalau saya pergi dulu…

—————————————————————————

berjam lamanya dalam bilik pembedahan, akhirnya kita mendapat cahaya mata yang sangat sihat, abang…

abang sangat gembira saat mengazankan anak kita.

abang namakan anak kita SUFI…

saya menangis… sebak.

abang: kenapa awak menangis?

saya: sekarang kita dah ada anak, tapi cinta abang bukan untuk saya…( aku menangis lagi)

abang: FARIZA, SUFI
ADALAH CINTA SAYA… AWAK ADALAH HIDUP SAYA. SAYA TAK MAMPU BERDIRI TANPA
AWAK…. saya cintakan awak…sepenuh hati saya.

saya: HARIS, terima kasih…

Advertisements

::Pendapat/Comment::

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s